Isnin, 15 Ogos 2016

Layak ke suku akhir PM 2016


Lima pasukan sudahpun mengesahkan tiket ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2016.

Kedah dan T-Team menjadi wakil kumpulan A tetapi juara kumpulan masih belum ditentukan dan perlawanan terakhir kumpulan akan menjadi penentunya.

Sepertimana kumpulan B, dua wakil kumpulan sudahpun diketahui iaitu Selangor dan Kelantan tetapi juara kumpulan perlu ditentukan pada perlawanan terakhir.

Felda United berjaya menjadi juara kumpulan D dan sedang menanti satu pasukan antara NS Matrix dan Melaka United untuk mengiringinya ke suku akhir.

Peluang keempat-empat pasukan dalam kumpulan C masih terbuka untuk layak ke suku akhir. Perak, JDT, PDRM dan PKNS perlu bersaing di perlawanan terakhir kumpulan untuk memastikan dua tempat ke suku akhir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan