Selasa, 23 Ogos 2016

Suku Akhir Piala Malaysia 2016


Perlawanan pusingan pertama akan berlangsung pada 27 dan 28 Ogos 2016 manakala perlawanan pusingan kedua pada 17 dan 18 September 2016.

Kedah akan bertemu dengan Negeri Sembilan di peringkat suku akhir Piala Malaysia musim ini. Jika berjaya melepasi halangan Negeri Sembilan, lawan Kedah di peringkat separuh akhir adalah sama ada Kelantan ataupun PDRM.

Pertembungan abang dengan adik iaitu antara Selangor dan PKNS Selangor ternyata menarik. Mungkin akan berlaku kekeliruan di kalangan rakyat Selangor untuk memberikan sokongan kepada pasukan yang mana satu.

Dua pasukan kelab iaitu T-Team dan Felda United akan bertembung antara satu sama lain bagi merebut slot ke separuh akhir. Pemenangnya akan bertemu dengan wakil Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan