Rabu, 27 Julai 2016

Pemain bola sepak ketiga termahal di dunia


Juventus telah melengkapkan perpindahan penyerang Napoli, Gonzalo Higuain dengan yuran sekitar 76 juta pound sekaligus meletakkan pembelian tersebut ketiga termahal di dunia selepas Bale dan Ronaldo.

Dengan pembelian yang mahal ini, Juventus berkemungkinan besar akan melepaskan Pogba kepada mana-mana kelab yang mampu menawarkan jumlah yuran perpindahan yang setimpal. Setakat ini, hanya MU sahaja yang benar-benar berminat untuk mendapatkan khidmat Pogba dan dikatakan Juventus telah dua kali menolak tawaran daripada MU.

Perkembangan lain turut mengatakan bahawa Pogba lebih cenderung untuk menyertai Real Madrid tetapi kelab gergasi Sepanyol itu masih belum mengambil sebarang keputusan mahupun tindakan untuk membuat tawaran kepada Juventus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan