Selasa, 23 Ogos 2016

From zero to hero???


Peningkatan ketara yang ditunjukkan oleh Fellaini mengejutkan ramai peminat MU.

Fellaini ternyata tidak berputus asa untuk terus mencurahkan baktinya di MU apabila berjaya menunjukkan peningkatan dalam dua perlawanan liga baru-baru ini. Hasil daripada usaha gigihnya itu, dikatakan Fellaini akan ditawarkan kontrak baru untuk terus kekal di MU.

Berdasarkan statistik dari beberapa website bola sepak, Fellaini benar-benar beraksi dengan cemerlang apabila JM meletakkannya di bahagian tengah MU. Fellaini cukup berdisiplin dalam memberikan perlindungan kepada bahagian pertahanan MU serta menghalang pergerakan pasukan lawan. Selain itu, banyak hantaran-hantaran yang dilakukan oleh Fellaini boleh dikatakan sampai tepat kepada rakan sepasukan.

Kesilapan yang dilakukan oleh Fellaini ketika perlawanan menentang Leicester City dalam Perisai Komuniti telah dilupakan oleh Fellaini dan ianya memberikan semangat kepada Fellaini untuk beraksi dengan lebih bertenaga. 

Corak permainan kemas tetapi dalam pada masa keras menjadi aset Fellaini untuk memastikan dirinya kekal dalam kesebelasan utama MU bagi menjadi pasangan kepada Pogba. Tempat Fellaini pastinya menjadi rebutan antara Carrick, Hererra dan Schneiderlin.

Kepercayaan JM ternyata dibalas sepenuhnya oleh Fellaini dan jika Fellaini mampu mengekalkan prestasi cemerlang yang ditunjukkan dalam dua perlawanan baru-baru ini, tidak mustahil Fellaini akan menjadi tonggak utama MU di bahagian tengah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan