Selasa, 23 Ogos 2016

Dahsyat jugak Soton


Southampton seolah-olah menjadi "feeder team" kepada kebanyakan pasukan dalam PL, sepertimana yang telah terjadi kepada West Ham United pada suatu ketika dahulu.

Southampton atau turut dikenali sebagai Soton merupakan satu pasukan yang diuruskan dengan baik. Soton berjaya beraksi semula dalam PL setelah tersingkir sehingga ke Liga Satu. Selepas tersingkir ke Liga Satu, Soton berjaya bangkit dan layak beraksi di Liga Kejuaraan sebelum kembali ke PL.

Soton mengambil langkah berani apabila memecat pengurusnya yang popular ketika itu, Nigel Adkins dan menggantikannya dengan Mauricio Pochettino yang dilihat tidak berpengalaman kerana tidak menjadi pengurus buat mana-mana pasukan. 

Kehadiran Pochettino menjadikan Soton sebagai satu pasukan yang mantap. Walaupun tiada pemain berstatus bintang, Soton berjaya memberikan cabaran kepada pasukan lawan setiap kali beraksi. Ini dapat dilihat apabila pemain Soton cukup cergas untuk mengejar bola dan menampilkan corak permainan "pressing" sepanjang 90 minit perlawanan.

Pochettino kemudiannya berhijrah keluar dari Soton apabila dilamar oleh Tottenham Hotspur. Soton melantik Ronald Koeman sebagai pengurus baru. Namun, karier Koeman di Soton tidak lama apabila untuk musim baru ini, Everton berjaya menarik Koeman untuk menjadi pengurus baru mereka.

Sepertimana yang telah diketahui, Soton sudahpun menjual ramai pemain utama seperti Luke Shaw dan Morgan Schneiderlin kepada MU, Nathaniel Clyne, Adam Lallana, Dejan Lovren, Rickie Lambert dan Sadio Mane kepada Liverpool, Theo Walcott dan Alex Oxlade-Chamberlain kepada Arsenal dan beberapa pemain lagi.

Pada hakikatnya, Soton tidak perlu untuk menjana wang melalui penjualan pemain memandangkan stadium mereka sentiasa dipenuhi oleh penyokong dan penonton serta bayaran lumayan daripada hak penyiaran televisyen.

Namun, kesemuanya bergantung kepada kehendak individu terlibat dan Soton tidak berupaya untuk menghalang. Penjualan pemain dan pertukaran pengurus yang kerap sedikit sebanyak memberikan kesan kepada Soton. Walaubagaimanapun, sepertimana sebelum-sebelum ini, Soton pastinya dapat mencari jalan penyelesaian dan dapat memastikan Soton akan terus bersaing secara positif.


sumber: http://www.manchestereveningnews.co.uk/sport/football/transfer-news/man-utd-transfer-news-fonte-11764566

Tiada ulasan:

Catat Ulasan