Jumaat, 20 Disember 2013

Review: MU vs Stoke City (Capital One Cup)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 2
Young 62'
Evra 78'

STOKE CITY 0



Pemain terbaik perlawanan:

ASHLEY YOUNG


Kesebelasan utama MU:


Pertukaran pemain:

Hernandez >> Anderson
Fletcher >> Welbeck

Ulasan perlawanan:

Dua gol pada separuh masa kedua membolehkan MU melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Capital One Cup (COC) setelah menewaskan Stoke City (SC) dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung dalam kesejukan.

Setelah dikritik dalam beberapa perlawanan yang lalu, Young seolah-olah ingin membuktikan kemampuan sebenarnya selain membalas kepercayaan DM apabila menjadi pemain terbaik perlawanan setelah menjaringkan satu gol dan mencipta satu lagi gol buat MU dalam menumpaskan SC di peringkat suku akhir COC.

Young ternyata bijak mempergunakan peluang beraksi untuk menampilkan aksi yang bertenaga dengan bertindak sebagai penggerak dan perancang serangan MU. Walaupun ketiadaan Rooney dan RVP, Welbeck juga cemerlang dalam mengepalai serangan MU.

Perlawanan terhenti buat sementara waktu ketika separuh masa pertama apabila hujan berserta angin kuat turun dengan lebatnya menyebabkan pengadil perlawanan mengambil keputusan drastik memberhentikan perlawanan.

Dengan cuaca yang tidak begitu elok, kedua-dua pasukan terpaksa bekerja keras untuk bermain dengan baik pada separuh masa pertama. Boleh dikatakan tiada serangan yang benar-benar merbahaya yang dicipta kerana kesukaran membuat hantaran ataupun lorongan.

MU bermula baik pada separuh masa kedua apabila berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan padang. MU memperoleh gol pertama menerusi rembatan deras Young yang gagal ditepis keluar oleh penjaga gol SC.

Evra membuat kejutan apabila berjaya menjaringkan gol kedua MU menerusi rembatan lencong menarik menggunakan kaki kanannya. Gol kedua MU tersebut dilihat melemahkan semangat pemain SC untuk bangkit bagi sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan.

Kemenangan ke atas SC juga bertambah manis apabila DDG turut mencatatkan 'clean sheet' dalam tiga perlawanan berturut-turut. Ini menunjukkan bahagian pertahanan MU yang dibarisi oleh Evans, Jones dan Smalling mampu untuk menggalas tanggungjawab dan bebanan daripada Vidic dan Ferdinand. Selain itu, MU juga sekurang-kurangnya boleh mengetahui bahawa peluang untuk memenangi piala pertama musim ini semakin terbuka luas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan