Isnin, 9 Disember 2013

Kedah berjaya ke akhir


Sekalung tahniah diucapkan khas buat skuad Kedah apabila melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja (PERR) 2013. Kejayaan Kedah ke perlawanan akhir cukup manis apabila mengetepikan cabaran Selangor dengan memperoleh kemenangan secara aggregat 4-1 di mana Kedah berjaya mengecapi kemenangan 3-1 dalam perlawanan seperuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Darul Aman malam tadi.




Pentas akhir pada tahun ini merupakan yang keempat dalam tempoh lima tahun buat Kedah. Ini sekaligus membuktikan bahawa Kedah sememangnya mampu untuk bersaing dalam liga tempatan berdasarkan pemain-pemain muda yang dihasilkan dalam kejohanan PERR. Tetapi, tidak diketahui di mana silapnya, Kedah gagal memberikan persembahan bermutu dalam saingan liga tempatan.

Kedah akan bertemu dengan pasukan yang dianggap sebagai adik iaitu Perlis dalam perlawanan akhir PERR nanti. Walaubagaimanapun, venue bagi perlawanan akhir tersebut masih belum ditentukan lagi. Perlis layak ke perlawanan akhir selepas menang secara aggregat 2-1 ke atas Terengganu walaupun hanya sekadar 0-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua yang berlangsung di Terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan