Isnin, 7 Oktober 2013

Review: MU vs Sunderland (BPL)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 2
Januzaj 55', 61'

SUNDERLAND 1
Gardner 5'



Pemain terbaik perlawanan:

ADNAN JANUZAJ


Kesebelasan utama MU:


Pertukaran pemain:

Welbeck >> Nani
Valencia >> Januzaj
Smalling >> Rafael


Ulasan perlawanan:

Januzaj menjadi wira MU apabila meledakkan dua gol dalam penampilan selungnya dalam kesebelasan utama MU sekaligus menyelamatkan MU daripada kekalahan kepada Sunderland. Dua gol Januzaj berjaya dihasilkan dalam separuh masa kedua selepas MU ketinggalan 0-1 seawal minit ke-5 menerusi gol Gardner.

DM mengambil keputusan berani dengan meletakkan Januzaj dalam kesebelasan utama MU sambil mengetepikan Valencia, Young mahupun Kagawa. Ternyata keputusan tersebut memberikan hasil yang cukup berharga selepas Januzaj menjaringkan dua gol buat MU bagi membolehkan MU mengutip tiga mata penuh.

Dengan Ferdinand mengalami kecederaan, DM menggandingkan Jones dengan Vidic di pertahanan tengah sementara Rafael dan Evra di posisi masing-masing, pertahanan kanan dan kiri. DDG meneruskan statusnya selaku penjaga gol utama MU.

Kesilapan Vidic yang gagal mengeluarkan bola dari kotak penalti MU memberikan ruang kepada Sunderland untuk membuka jaringan melalui rembatan leret Gardner yang mudah menewaskan DDG. MU kemudiannya terus tertekan dengan asakan Sunderland di mana Vidic dan Jones bermain dengan agak kelam-kabut.

Cleverley dan Carrick dilihat mampu mengimbangi bahagian tengah Sunderland tetapi gagal menangani serangan balas pantas Sunderland. Mujur pada separuh masa kedua, MU mengukuhkan cengkaman di kawasan tengah dan Cleverley menjadi penyumbang utama denga aksi yang cukup memberangsangkan. Dengan Cleverley bijak menjalankan tugas defensif, Carrick lebih banyak menumpukan perhatian dalam membuka permainan MU.

Nani boleh dikatakan bermain dengan baik cuma agak kecewa dengan ketidakberkesanan hantaran lintangnya seterusnya menyebabkan RVP tidak memperoleh bantuan secukupnya untuk menggempur benteng pertahanan Sunderland. Rooney pula terpaksa bekerja keras mengucar-kacirkan pertahanan Sunderland yang cukup kental dan disiplin dalam menyerap segala serangan MU.

Rafael dan Evra pula tidak menampakkan sumbangan yang banyak dalam menggerakkan serangan MU tetapi beraksi dengan baik ketika bertahan. Pujian seharusnya turut diberikan kepada Sunderland kerana berupaya memberikan saingan yang cukup sengit kepada MU. DM perlu melakukan sesuatu dengan menggunakan tempoh rehat sempena memberikan laluan kepada aksi antarabangsa bagi memperbaiki persembahan MU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan