Isnin, 28 Oktober 2013

Review: MU vs Stoke City (BPL)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 3
v. Persie 43'
Rooney 78'
Hernandez 80'

STOKE CITY 2
Crouch 4'
Arnautovic 45'



Pemain terbaik perlawanan:

WAYNE ROONEY


Kesebelasan utama MU:


Pertukaran pemain:

Januzaj >> Nani
Hernandez >> Cleverley
Valencia >> Smalling



Ulasan perlawanan:

MU terpaksa berhempas pulas untuk bangkit dua kali dari ketinggalan sebelum berjaya mencatatkan kemenangan yang cukup berharga ke atas Stoke City (SC). Gol-gol daripada tiga penyerang MU iaitu RVP, Rooney dan Hernandez sudah cukup untuk menafikan dua gol SC.

Peminat MU di OT ternyata dalam kegusaran selepas menyaksikan MU ketinggalan dua kali. SC bijak mengeksploitasikan kerapuhan benteng pertahanan MU apabila menjaringkan gol pertama seawal minit keempat perlawanan. Evans yang gagal merapati Crouch menyebabkan Crouch berjaya untuk menampan bola ke arah pintu gol MU tetapi ditampan oleh DDG. Namun, nasib menyebelahi Crouch sekali lagi apabila bola tampanan DDG berada semula di hadapan Courch yang kemudiannya mudah menolak masuk bola ke dalam gawang MU.

Oleh kerana corak permainan yang perlahan selain persembahan yang tidak baik daripada Cleverley dan Nani, MU gagal untuk menyamakan kedudukan sehinggalah ke minit ke-43. Hantaran lintang Nani berjaya disambut oleh Rooney yang membuat tandukan ke arah pintu gol SC tetapi ditepis keluar oleh Begovic. Bola yang ditepis tersebut kemudiannya dirembat deras oleh RVP untuk gol pertama MU.

SC tidak menunggu lama untuk kembali semula di hadapan apabila kekasaran Jones menghadiahkan SC sepakan percuma di luar kotak penalti MU. Arnautovic yang berjaya mengucar-kacirkan pertahanan MU terutamanya Smalling menyepak bola dengan menarik bagi menewaskan DDG. MU melangkah ke bilik persalinan pada rehat separuh masa dengan kelebihan berpihak kepada SC.

Separuh masa kedua menyaksikan MU berusaha untuk menambahkan jaringan tetapi tidak berupaya berbuat demikian memandangkan MU tidak bermain dengan kemas. Kurangnya sokongan daripada bahagian tengah juga menyebabkan MU tidak banyak mencipta peluang yang benar-benar menghasilkan gol.

DM membuat keputusan untuk memasukkan Januzaj bagi menggantikan Nani dan pemain muda MU tersebut ternyata menambahkan lagi sengat serangan MU. Hernandez dan Valencia juga turut diturunkan dan ini sekaligus menampakkan bahawa DM tidak lagi mengambil pendekatan berhati-hati tetapi lebih kepada menyerang bagi mengelakkan MU berputih mata di gelanggang sendiri.

Larian pantas Valencia membolehkan MU mendapatkan sepakan sudut yang diambil oleh RVP. Rooney bijak melepasi kawalan pertahanan SC dan berjaya membuat tandukan tinggi yang gagal dijangkau oleh penjaga gol SC untuk menjaringkan gol penyamaan. Dua minit kemudiannya, MU memperoleh gol kemenangan yang dinanti-nantikan apabila Hernandez menanduk masuk bola selepas menerima umpanan Evra.

MU terus kental bertahan tatkala SC pula mempamerkan corak permainan yang agak keras sehinggakan pengadil perlawanan terpaksa melayangkan beberapa kad kuning. Riak muka DM ternyata ceria selepas pengadil perlawanan membunyikan wisel penamat. Kini, selepas berjaya mencatatkan dua kemenangan berturut-turut iaitu dalam UCL dan BPL, MU berada dalam landasan terbaik untuk memperbaiki prestasi bagi perlawanan seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan