Selasa, 22 Oktober 2013

Review: MU vs Southampton (BPL)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 1
v. Persie 26'

SOUTHAMPTON 1
Lovren 89'



Pemain terbaik perlawanan:

DEJAN LOVREN


Kesebelasan utama MU:


Pertukaran pemain:

Giggs >>Nani

Welbeck >>Fellaini
Smalling >> Rooney


Ulasan perlawanan:

MU tidak menggunakan kelebihan beraksi di halaman sendiri apabila sekadar seri 1-1 dengan Southampton. Keputusan seri tersebut diperoleh MU setelah gagal untuk mendapatkan gol kedua yang dilihat akan mematikan semangat pemain Southampton yang bermain mati-matian memburu gol penyamaan.

DM sekali lagi memberikan kepercayaan kepada pemain muda, Januzaj untuk beraksi di sayap kiri dan ternyata keputusan tersebut memberikan pulangan yang baik apabila mencipta peluang untuk MU membuka jaringan. 

Januzaj bijak menghidu larian Rooney dengan membuat lorongan cantik. Rooney membuat rembatan untuk melepasi penjaga gol Southampton tetapi berjaya ditampan.Walaubagaimanapun, bola singgah semula di kaki RVP yang kemudiannya mudah menolak masuk ke dalam gawang yang terbuka.

Dengan gol telahpun dijaringkan, MU gagal untuk menambahkan jaringan walaupun mempunyai beberapa peluang keemasan. Kegopohan, ketidaktajaman penyudah, kecekapan penjaga gol Southampton dan tidak bernasib baik boleh dikatakan menjadi faktor kegagalan MU.

Separuh masa kedua menyaksikan MU terus berusaha untuk menambahkan jaringan. Namun begitu, Southampton bermain dengan penuh efisyen menghalang dan menahan segala asakan MU. RVP juga dirantai dengan begitu ketat sehingga memaksa RVP kerap berada di luar posisi. Rooney turut terpaksa bekerja keras untuk menggerakkan serangan MU.

Dirasakan pergerakan yang agak perlahan di bahagian tengah MU menyebabkan Southampton mampu untuk mengekang serangan MU. Fellaini tidak banyak membantu serangan dan gagal memainkan peranan yang cukup berkesan dalam membantu Carrick.

Southampton tampak lebih mengancam ketika melancarkan serangan balas pantas. Mujur ketangkasan Jones dan Evans menidakkan Southampton daripada mendapatkan jaringan. Walaubagaimanapun, kealpaan yang ditunjukkan MU di penghujung perlawanan membolehkan Southampton memperoleh gol penyamaan selepas MU gagal ketika berhadapan sepakan sudut Southampton.

Dengan keputusan seri ini, MU kini semakin ketinggalan dengan Arsenal yang gah dengan kelebihan lapan mata mengatasi MU. Dengan saingan liga masih lagi panjang, MU perlu cepat untuk bangkit semula dan tidak boleh lagi keciciran mata jika ingin mendapatkan kejuaraan BPL buat kali ke-21.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan