Rabu, 30 Oktober 2013

Review: MU vs Norwich City (Capital One Cup)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 4
Hernandez 20', 54'
Jones 88'
Fabio 90+4'

NORWICH CITY 0



Pemain terbaik perlawanan:

JAVIER HERNANDEZ


Kesebelasan utama MU:


Pertukaran pemain:


Rooney >> Zaha

Anderson >> Cleverley
Fabio >> Januzaj


Ulasan perlawanan:

Hernandez menjadi wira MU apabila meledakkan dua gol bagi membolehkan MU melangkah ke peringkat suku akhir Capital One Cup (COC) dengan menumpaskan Norwich City (NC) dengan keputusan 4-0 di OT awal pagi tadi.

Keadaan hujan yang lebat tidak menghalang MU untuk mencatatkan kemenangan walaupun sebelum sepak mula, sedikit keguasaran timbul di kalangan peminat MU apabila melihat kesebelasan utama yang diturunkan oleh DM. Walaubagaimanapun, para pemain yang diturunkan ternyata tidak mensia-siakan peluang beraksi apabila menampilkan prestasi yang memberangsangkan.

DM mengambil keputusan untuk merehatkan duo penyerang MU iaitu Rooney dan RVP dan memberikan peluang kepada Hernandez untuk mengepalai serangan MU. Apa yang menarik adalah Januzaj diberikan kepercayaan beraksi di belakang Hernandez dan bukannya seperti biasanya di sebelah sayap. Januzaj mempamerkan persembahan yang baik dan oleh kerana tidak bernasib baik sahaja Januzaj tidak menempatkan diri selaku penjaring gol MU.

Gandingan Jones dan Cleverley juga tampak serasi dengan penguasaan bahagian tengah yang baik walaupun terdapat beberapa kali melakukan kesilapan. Zaha yang pertama kali diturunkan dalam aksi skuad utama menunjukkan persembahan yang boleh dikatakan baik tetapi dilihat terlalu mudah kehilangan penguasaan bola. 

Young pula bergandingan baik bersama Buttner di sebelah kiri dan hasil daripada pergerakan mereka berdua, MU berjaya memperoleh gol kedua MU apabila Hernandez menanduk masuk bola umpanan Buttner pada separuh masa kedua. Hernandez sebelum itu, memastikan gol pertama MU menerusi sepakan penalti selepas Januzaj dikasari dalam kotak penalti NC.

Dengan kelebihan dua gol yang dijaringkan oleh Hernandez, MU tampak selesa untuk mencatatkan kemenangan. Jadi, DM membawa masuk Rooney, Anderson dan Fabio bagi menggantikan Zaha, Cleverley dan Januzaj. Kemasukan mereka bertiga memboolehkan MU menambahkan lagi jaringan menerusi gol daripada Jones dan Fabio.

Kini, MU hanya perlu untuk meneruskan rentak kemenangan yang dikecapi bagi memastikan aksi yang lebih cemerlang dalam perlawanan seterusnya. Pusingan pemain yang dilakukan oleh DM bakal memberikan peluang kepada MU untuk merehatkan pemain selain peluang beraksi untuk pemain-pemain lain. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan