Jumaat, 27 September 2013

Review: MU vs Liverpool (Capital One Cup)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 1
Hernandez 46'

LIVERPOOL 0



Pemain terbaik perlawanan:

WAYNE ROONEY


Kesebelasan utama MU:


Pertukaran pemain:

Januzaj >> Kagawa
Carrick >> Hernandez
Welbeck >> Nani


Ulasan perlawanan:

MU kembali bangkit daripada kekalahan besar 1-4 di tangan Manchester City dalam perlawanan BPL lalu untuk mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Liverpool dalam perlawanan pusingan ketiga Capital One Cup (COC) yang berlangsung di OT.

Hernandez menjadi wira MU apabila menjaringkan gol kemenangan di minit awal separuh masa kedua bagi menyingkirkan Liverpool dan melayakkan diri ke pusingan keempat di mana MU telah diundikan untuk bertemu dengan Norwich City.

DM membuat kejutan apabila membuat rombakan besar-besaran terhadap kesebelasan utama MU dengan memberikan peluang kepada beberapa pemain muda untuk beraksi bagi menentang Liverpool yang boleh dikatakan menurunkan kesebelasan terkuatnya. Ternyata keputusan dan tindakan berani DM membuahkan hasil yang cukup bermakna apabila berjaya menumpaskan Liverpool.

Rooney diberikan tugas selaku kapten pasukan benar-benar memainkan peranan yang cukup berkesan dalam menggerakan serangan MU. Hernandez pula berjaya menggunakan peluang beraksi dalam kesebelasan utama dengan baik apabila menunjukkan kesungguhan mengucar-kacirkan pertahanan Liverpool walaupun terpaksa berhadapan dengan Sakho yang mempunyai susuk tubuh yang lebih besar daripada Hernandez.

Walaupun bermain dengan baik, tetapi Kagawa tampak kurang dari segi kecergasan perlawanan dan kerap kehilangan bola dengan mudah. Benar kata DM yang mengatakan bahawa Kagawa perlu memperbaiki persembahannya jika ingin menempatkan diri dalam kesebelasan utama MU. Nani juga menampilkan persembahan memberangsangkan tetapi agak kecewa dari segi membuat keputusan serta kegagalan untuk membuat rembatan yang lebih tepat ke arah pintu gol lawan.

Gandingan Giggs dan Jones tampak serasi dengan Jones menjalankan tugas-tugas defensif manakala Giggs membuka permainan MU. Jones dilihat akan memberikan cabaran kepada Fellaini bagi perebutan posisi pasangan Carrick bagi perlawanan seterusnya.

DM seharusnya perlu berani untuk membuat pusingan pemain terutamanya di bahagian pertahanan kerana Ferdinand dan Vidic yang kini masing-masing berusia 34 dan 32 tahun memerlukan rehat dan tidak dapat beraksi dengan kerap. Jadi, mungkin Evans dapat diberikan peluang sekiranya perlu.

Kelibat Rafael ternyata menggembirakan sebahagian besar peminat MU dan ketiadaannya dalam beberapa perlawanan lalu amat dirasai. Kehadiran semula Rafael selepas pulih daripada kecederaan diharapkan akan kembali mempertingkan persembahan MU terutamanya dalam saingan BPL. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan