Khamis, 19 September 2013

Ada peluang lagi ka?


Kedah berjaya melakukan yang mustahil apabila berupaya mengutip tiga mata yang cukup berharga dengan menumpaskan Perak di Stadium Ipoh, sekaligus membuka kembali ruang Kedah untuk layak ke pusingan suku akhir Piala Malaysia 2013.

Kedah memerlukan gol di masa tambahan yang dijaringkan oleh Nelson bagi memperoleh kemenangan pertama selepas dalam empat perlawanan terdahulu, Kedah hanya mampu mencatatkan tiga kali keputusan seri dan tumpas sekali. Dengan Lions XII mengecapi kemenangan 1-0 ke atas Sarawak malam tadi, kini setiap pasukan dalam Kumpulan D berpeluang merebut dua slot ke suku akhir.

Jadi, perlawanan Sabtu ini, menentang Lions XII di SDA, Kedah tidak boleh mendapatkan keputusan lain selain kemenangan. Walaupun dari segi kedudukan, Kedah berada di kedudukan terbawah, namun hanya berbeza sahaja dengan Sarawak, Perak dan Lions XII yang masing-masing mengumpulkan tujuh mata.

SDA dijangkakan akan dipenuhi dengan penyokong hijau kuning yang akan berduyun-duyun ke SDA bagi memberikan semangat kepada Kedah. Jika di Ipoh, Kedah mampu untuk mendapatkan kemenangan, jadi beraksi di halaman sendiri pastinya akan menjadi kelebihan dan azimat yang membolehkan Kedah mengecapi kemenangan.

Hanya kemenangan yang disasarkan oleh kesemua empat-empat pasukan dalam Kumpulan D. Pasukan yang menang dalam perlawanan hari Sabtu ini, akan menjadi wakil kumpulan ke pusingan suku akhir. Yang pasti, salah satu dari dua slot tersebut mestilah diisikan oleh Kedah.



Sedikit info tiket bagi perlawanan Sabtu ini:

Kaunter:
A2, B, D, F

Masa Jualan:
21.9.2013 Sabtu 10.00 pagi - 9.30 malam (sehingga tiket habis)

Harga Tiket:
Astaka Utama RM15 Dewasa RM10 Kanak-Kanak 12 tahun ke bawah
Berbumbung RM12 Dewasa RM5 Kanak-Kanak 12 tahun ke bawah
Terbuka RM10 Dewasa RM5 Kanak-Kanak 12 tahun ke bawah



sumber: FB KFA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan