Rabu, 18 September 2013

Review: MU vs Bayer Leverkusen (UCL)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 4
Rooney 22', 70'
van Persie 59'
Valencia 79'

BAYER LEVERKUSEN 2
Rolfes 54'
Toprak 88'



Pemain terbaik perlawanan:

WAYNE ROONEY


Kesebelasan utama MU:


Pertukaran pemain:

Young >> Kagawa
Cleverley >> Fellaini
Hernandez >> Rooney


Ulasan perlawanan:

DM memulakan pengalamannya di UCL dengan langkah kanan apabila MU mencatatkan kemenangan selesa 4-2 ke atas Bayer Leverkusen (BL) dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi di OT. Tiga mata penuh yang diperoleh membolehkan MU berkongsi kedudukan teratas dengan Shakhtar Donesk dalam kumpulan A selepas kelab Rusia tersebut turut menempah kemenangan dengan menewaskan wakil Sepanyol, Real Sociedad menerusi keputusan 2-0.

Rooney menjadi wira MU apabila menjaringkan dua gol dan mencipta satu gol buat MU sekaligus menempatkan dirinya dalam kumpulan empat pemain MU yang berjaya meledakkan 200 gol buat MU. Rooney ternyata cukup bernafsu sepanjang berada di atas padang dan pertahanan BL dilihat berhadapan kesukaran untuk mengekang pergerakan Rooney.

Kehadiran Fellaini benar-benar memperkuatkan bahagian tengah MU dengan aksi yang cukup berkesan sama ada ketika melindungi pertahanan MU atau membantu Carrick dalam membuka permainan. Carrick tampak selesa dengan adanya Fellaini dan boleh dikatakan Carrick menyerahkan sepenuhnya tugas defensif kepada Fellaini dan ini memberikan ruang kepada Carrick untuk menjana pergerakan MU dari kawasan tengah dengan mudah.

Kagawa akhirnya turut kembali ke kesebelasan utama. Walaupun beraksi di sayap kiri, Kagawa diberikan ruang untuk bergerak ke tengah bagi memainkan peranan seperti Carrick iaitu membuat hantaran-hantaran atau lorongan bagi melancarkan serangan. Jadi, Carrick dan Kagawa menyumbang kreativiti bagi membuka ruang kepada bahagian serangan MU untuk mengancam kubu pertahanan lawan.

Formasi standard 4-4-2 sememangnya menampakkan keserasian antara Rooney dan RVP dalam menggerakkan srangan MU. Selain itu, Valencia turut cemerlang di sayap kanan dengan menampakkan prestasi hebatnya yang terdahulu. Rooney membuka jaringan MU dengan membuat rembatan volley selepas menyambut hantaran lintang Evra.

Walaubagaimanapun, dalam separuh masa kedua, MU dikejutkan dengan gol penyamaan BL apabila kaptennya, Rolfes merembat cantik bola menewaskan DDG. Tetapi sebelum gol penyamaan BL dijaringkan, Rooney terlepas peluang yang cukup berharga apabila gagal menolak masuk bola ke dalam gawang gol BL yang kosong selepas Rooney bijak menggelecek penjaga gol BL, Leon.

MU tidak menunggu lama untuk mendapatkan semula kelebihan apabila RVP melakukan sepakan akrobatik bagi menjaringkan gol kedua MU. Rooney menambahkan kedukaan BL dengan gol kedua peribadinya selepas bijak menampan bola sepakan jauh DDG sebelum mudah menewaskan Leon menerusi rembatan leret.

Gol keempat MU adalah seperti gol klasik MU di mana diperoleh menerusi serangan balas pantas tatkala sebelum itu MU berhadapan sepakan sudut BL. RVP bijak mencari Young yang kemudiannya membuat hantaran kepada Rooney. Larian pantas Valencia yang sukar dibendung oleh pertahanan BL sepanjang perlawanan berlangsung membolehkan dirinya menerima lorongan Rooney sebelum merembat deras bola menerjah jaring gol.

Kemenangan tersebut akan menjadi platform dan persediaan terbaik MU dalam menghadapi seterus setempat, Man City hujung minggu ini dalam saingan BPL. Dengan Rooney dan RVP masing-masing mencatatkan nama selaku penjaring gol manakala Valencia kembali ke prestasi sebenar dan Fellaini yang memperkuatkan bahagian tengah, MU pastinya akan berusaha mendapatkan keputusan yang positif dalam perlawanan berikutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan