Khamis, 5 September 2013

Sorang pun jadi la


Setelah gagal mendapatkan beberapa nama besar, akhirnya MU berjaya juga membawa sorang pemain baru iaitu Fellaini dengan melibatkan yuran perpindahan 27.5 juta pound. Fellaini sudah tidak asing lagi dengan DM memandangkan Fellaini telah bersama DM selama lima musim di Everton.

Mungkin sebahagian besar peminat MU berasa kecewa kerana kegagalan MU untuk membawa sorang pemain tengah kreatif yang amat diperlukan terutamanya selepas kekalahan 0-1 MU kepada Liverpool di mana dalam perlawanan tersebut, MU menampakkan kurangnya kreativiti dalam menjana serangan walaupun menguasai sebahagian besar permainan.

http://answers.bettor.com/images/Articles/thumbs/extralarge/United-sign-Manuel-Fellaini-Football-News-218279.jpg

MU sebenarnya sudahpun memiliki seorang pemain tengah yang kreatif iaitu Kagawa. Kagawa begitu efektif ketika beraksi sebagai penghubung bahagian tengah dan serangan serta mampu untuk melakukan hantaran atau lorongan yang baik bagi mencipta peluang menjaringkan gol. Walaubagaimanapun, Kagawa mempunyai kelemahan dalam membantu pasukan ketika menghadapi asakan lawan. Mungkin inilah sebabnya DM tidak menurunkan Kagawa dalam tiga perlawanan BPL musim baru ini.

DM sememangnya seorang yang taktikal dan amat menekankan aspek pertahanan. Jadi, kehadiran Kagawa dalam kesebelasan utama mungkin akan mempengaruhi prestasi pasukan terutamanya dalam berhadapan asakan pihak lawan. Secara tidak langsung, masalah akan timbul seterusnya menambahkan beban kepada bahagian pertahanan.

Pembelian Fellaini dilihat dapat memperkuatkan bahagian tengah MU. Fellaini sendiri mengakui bahawa posisi terbaik buat dirinya adalah pemain tengah defensif. Dalam tiga perlawanan BPL musim ini, pengurus baru Everton, Martinez telah meletakkan Fellani semula di bahagian tengah dan ternyata Fellaini menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan dengan statistik yang cukup baik dari segi hantaran bola. 

Sekaligus, Fellaini dapat menjadi pasangan terbaik kepada Carrick di bahagian tengah MU bagi menguasai kawasan tengah padang selain dapat memberikan perlindungan sebaiknya kepada pertahanan MU. Ini akan membuka peluang kepada pemain-pemain lain untuk memberikan tumpuan hanya kepada serangan termasuk Kagawa.


Berdasarkan formasi di atas yang aku rasakan kesebelasan utama terbaik, MU dilihat mempunyai kestabilan di semua bahagian. Kagawa dan Rooney akan diberikan lesen untuk begerak bebas melancarkan serangan MU dari tengah manakala Valencia (Nani, Young atau Zaha) bertindak selaku pemain sayap tunggal, iaitu menjalankan tugas membuat hantaran lintang.

RVP pula akan diberikan bantuan dan sokongan secukupnya bagi menggempur benteng pertahanan lawan. Fellaini juga mungkin akan diberikan tugas selaku 'box-to-box midfielder' bagi membantu serangan dan kelebihan ketinggiannya akan menambahkan lagi ketajaman serangan MU. 

Maka, pembelian Fellaini merupakan pembelian yang dicongak dengan sebaik mungkin oleh DM. Jika MU mendapatkan lagi pemain tengah kreatif seperti Ozil dan sebagainya, pasti kita tidak akan dapat melihat kemampuan Kagawa yang masih belum menunjukkan tahap sebenarnya walaupun menyertai MU pada musim lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan