Khamis, 5 September 2013

Review: MU vs Liverpool (BPL)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 0

LIVERPOOL 1
Sturridge 4'



Pemain terbaik perlawanan:

DANIEL AGGER


Kesebelasan utama MU:


Pertukaran pemain:

Valencia >> Jones
Chicharito >> Young


Ulasan perlawanan:

Selepas hanya mampu seri 0-0 dengan Chelsea, MU berkunjung ke Anfield untuk bertemu dengan Liverpool yang cukup cemerlang dalam dua perlawanan pertama dengan mengutip enam mata penuh. Liverpool ternyata bijak menggunakan peluang untuk mencipta gol apabila meledakkan gol tunggal perlawanan seawal minit ke-4 dan menunjukkan disiplin yang cukup tinggi mengekang asakan MU untuk mengutip tiga mata penuh.

MU seharusnya sekurang-kurangnya berupaya untuk menjaringkan gol penyamaan berdasarkan peratusan penguasaan permainan yang tinggi, tetapi kurangnya kreativiti menjana serangan berkesan mengakibatkan MU berputih mata di Anfield.

DM membuat kejutan apabila mengekalkan Giggs di padang sepanjang perlawanan berlangsung walaupun boleh dikatakan Giggs gagal memainkan peranannya dengan efektif selain mudah kehilangan bola. Cleverley pula cuba membantu Carrick menguasai kawasan tengah padang, tetapi banyak hantarannya sama ada ke sebelah tepi atau ke belakang sekaligus menyebabkan bahagian serangan MU gagal mendapatkan bantuan secukupnya untuk menggugat pertahanan kental Liverpool.

Oleh kerana kerap keseorangan di bahagian atas serta tiada bantuan sepatutnya, persembahan RVP tampak longlai dan ini memudahkan pertahanan Liverpool terutamanya Agger merantai segala pergerakan RVP. Young harus diberikan pujian kerana menunjukkan usahanya bagi membuat hantaran lintang walaupun kurang pemain MU dalam kotak penalti Liverpool bagi menyambut hantaran Young.

Ketiadaan Rooney yang terpaksa diketepikan akibat luka yang serius di kepala benar-benar mempengaruhi corak permainan MU. MU sememangnya menguasai permainan tetapi hantaran-hantaran yang dilakukan adalah hantaran mudah kepada rakan sepasukan dan bukannya lorongan bola yang mampu untuk menjana serangan dengan baik.

Yang pasti, MU tidak mempunyai idea atau kreativiti dalam memecahkan benteng pertahanan Liverpool sama ada menerusi larian ataupun lorongan bola. Mungkin jika Kagawa dapat diturunkan, MU sekurang-kurangnya mempunyai seorang pemain yang mampu mencipta beberapa serangan atau percubaan. Kini, DM perlu mengenalpasti kelemahan MU dan memperbaikinya secepat mungkin bagi mengelakkan MU terus berputih mata untuk perlawanan seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan