Selasa, 24 Julai 2012

Undian Piala Malaysia 2012


Undian Piala Malaysia 2012 akan dijalankan pada 2 Ogos 2012


POT A: Kelantan, Lions XII, Selangor, Perak
POT B: Terengganu, Negeri Sembilan, PKNS FC, T-TEAM FC
POT C: Johor FC, Felda United FC, Sarawak, Kedah
POT D: ATM FA, Pahang, Sime Darby, Johor


Seperti kebiasaannya, 16 buah pasukan akan dibahagikan kepada empat kumpulan. Jika dilihat kedudukan pasukan dalam setiap pot, kita boleh katakan bahawa ianya berdasarkan kedudukan masing-masing apabila tamatnya saingan Liga Super baru-baru ini.

Kedah berada di Pot C dan pada aku, Kedah berkemungkinan akan berada dalam kumpulan maut jika undian tidak menyebelahi Kedah. Dalam pot A, Kedah hanya memiliki rekod yang boleh dikatakan baik dengan Perak berbanding tiga pasukan lagi. Jadi, sekurang-kurangnya Kedah boleh mengharapkan untuk diundikan bersama Perak selain faktor jarak yang dekat menjadi sebahagian perkiraan yang perlu diberikan perhatian.

Pot B mempunyai pasukan yang agak mantap. Kedah tidak begitu cemerlang ketika berhadapan dengan keempat-empat pasukan dalam Liga Super musim ini. Agak sukar untuk mengharapkan salah satu pasukan untuk diundi satu kumpulan dengan Kedah.

Kedah pastinya akan berharap untuk mengelakkan diri dari diundi bersama juara dan naib juara Liga Perdana. ATM merupakan pasukan yang kuat dengan barisan pemain ternama sementara Pahang menunjukkan persembahan cemerlang ketika bertemu dengan Kedah dalam perlawanan akhir play-off baru-baru ini. Jadi, finalis Piala FA iaitu Sime Darby atau Johor yang menjadi pilihan Kedah. 

Sama-sama kita tunggu dan lihat pada 2 Ogos ini.

1 ulasan:

  1. aduh,letih dgn prestasi kedah..hmmm terus mengharap lah.moga2 ada sesuatu kt mlysia cup ni..huhu

    BalasPadam