Rabu, 11 Julai 2012

Liga Super 2013


FAM telah menetapkan bahawa untuk Liga Super 2013, hanya 12 pasukan sahaja akan bertanding. Jumlah tersebut merupakan pengurangan 2 dari 14 pasukan dalam Liga Super 2012.

Bagi Liga Super 2013, 12 pasukan yang layak beraksi adalah:

1. 9 pasukan tempatan teratas dalam Liga Super 2012
  • Kelantan
  • Selangor
  • Perak
  • Terengganu
  • Negeri Sembilan
  • T-Team
  • PKNS
  • Johor FC
  • Felda United

2. LionXII selaku pasukan jemputan

3. ATM selaku juara Liga Perdana 2012

4. Pemenang perlawanan akhir pusingan play-off

 
Format pusingan play-off

Play-off 1: pasukan di tangga ke11 Liga Super 2012 vs naib juara Liga Perdana 2012

Play-off 2: pasukan di tangga ke12 Liga Super 2012 vs pasukan di tangga ke13 Liga Super 2012

Perlawanan akhir play-off: pemenang play-off 1 vs pemenang play-off 2

* Tiga pasukan yang tumpas dalam pusingan play-off, akan beraksi dalam Liga Perdana 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan