Isnin, 23 Julai 2012

Kompilasi berita/khabar angin - MU


Aku senaraikan beberapa berita dan khabar angin yang melibatkan MU, setelah sekian lama tidak berbuat demikian.


1. Carrick bersedia untuk menarik balik keputusannya daripada beraksi di peringkat antarabangsa. Ini adalah kerana Carrick berminat untuk beraksi buat England di bawah kendalian Roy Hogdson.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4443898/Michael-Carrick-says-he-is-ready-to-come-out-of-international-retirement-with-England.html


2. Bebe menjaringkan gol penyamaan dalam perlawanan persahabatan kedua jelajah pra musim antara MU dengan Ajax Cape Town di mana berkesudahan dengan keputusan 1-1.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4442415/Ajax-Cape-Town-1-Manchester-United-1.html


3. Smalling tidak akan beraksi untuk dua bulan pertama saingan BPL musim depan selepas mengalami kecederaan yang memerlukan pembedahan. Ini sekaligus memberikan kegusaran buat SAF yang menginginkan skuadnya berada dalam keadaan baik sebelum bermula musim depan.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4442277/Chris-Smalling-out-for-10-weeks-in-new-blow-to-Man-Utds-defence.html


4. Lindegaard berharap untuk bersaing secara sihat dengan De Gea bagi merebut jersi no.1 MU selepas terlepas berbuat demikian pada musim lepas akibat mengalami kecederaan.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4440573/Anders-Lindegaard-still-hurting-from-last-seasons-injury-hell.html


5. MU dan Man City bertarung antara satu sama lain bagi mendapatkan khidmat penyerang Arsenal, Van Persie dengan MU dikatakan membuat tawaran sekitar 13 juta pound walaupun Arsenal lebih mengharapkan sekitar 20 juta pound.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4441359/Robin-van-Persie-transfer-Manchester-United-City-in-bidding-war.html


6. Lagenda MU, Cantona dikatakan telah menendang meja kopi di rumahnya selepas mengetahui MU gagal untuk menjulang kejuaraan BPL pada musim lepas.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/eric-cantona-kung-fu-kicked-1154255


7. Sao Paulo diberitakan telah bersetuju untuk menerima tawaran MU sekitar 26 juta pound untuk mendapatkan pemain muda Brazil, Lucas Moura.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/manchester-united-land-lucas-moura-1154311


8. MU dikatakan berminat untuk membeli pemain tengah Fulham, Dembele tetapi Fulham meletakkan harga 15 juta pound ke atas Dembele.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/moussa-dembele-linked-with-manchester-united-1152800


9. MU masih lagi berada di tahap perbincangan bagi melanjutkan kontrak Welbeck. Namun begitu, sikap Welbeck yang cuba menaikkan gajinya agak menyukarkan perbincangan.

sumber: http://www.goal.com/en-gb/news/2896/premier-league/2012/07/20/3254305/welbeck-contract-talks-continuing-confirms-sir-alex-ferguson

Tiada ulasan:

Catat Ulasan