Selasa, 24 Julai 2012

Bapak kuat la MU lepas ni, betoi ka?


Dalam minggu ini, rasanya sebahagian besar peminat MU sedang tersenyum lebar memikirkan prospek pasukan MU untuk musim hadapan. Ini adalah kerana MU dikaitkan dengan dua pemain yang bagus.


 Mungkin RVP akan menjadi seperti RVN



Pemain pertama adalah Robbie Van Persie (RVP). Pemenang kasut emas musim lepas dengan 30 gol, tiga gol melebihi Rooney mempunyai satu tahun sahaja lagi untuk kontrak bersama Arsenal untuk tamat. Walaupun Arsenal dikatakan menawarkan gaji baru 130 ribu pound seminggu, RVP telah mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak baru bagi mencari destinasi baru.



Setakat yang diketahui, MU bersama-sama Man City dan Juventus mempunyai minat terhadap RVP. MU pastinya berminat untuk mendapatkan RVP bagi menambahkan sengat di bahagian serangan yang selama ini dibebani oleh Rooney. Pemain lain seperti Welbeck, Chicharito ataupun Berbatov tidak berupaya untuk menggalas beban tersebut tatkala Rooney tidak dapat beraksi. Ini sekaligus mengurangkan peluang MU untuk menghasilkan gol seterusnya gagal mengecapi kemenangan yang diharapkan.

Pada musim lepas, RVP menampilkan prestasi yang amat memberangsangkan. Keupayaannya di hadapan pintu gol lawan benar-benar dibuktikan setelah tidak dibelenggu dengan masalah kecederaan. Walaupun tenggelam ketika aksi Euro 2012, RVP masih lagi mampu untuk meledakkan gol buat Belanda. Kaki kiri RVP sememangnya amat berbahaya dengan rembatan deras selain keupayaan mengambil sepakan percuma yang boleh memberikan gol.

Gandingan Rooney dan RVP boleh dikatakan yang paling mantap memandangkan Rooney boleh bertindak selaku provider atau linkage antara bahagian serangan dengan tengah sementara RVP menjadi peledak utama. Peranan tersebut boleh ditukarganti antara mereka berdua seterusnya boleh mengucar-kacirkan pertahanan lawan. MU sememangnya memerlukan penyerang yang boleh menjaringkan lebih dari 20 gol untuk satu-satu musim, sepertimana yang pernah ditunjukkan oleh Nistelrooy.


Belum ada lagi pemain dari Brazil yang benar-benar menyinar di OT

Seorang lagi pemain yang dikaitkan dengan MU adalah Lucas Moura. Pemain muda Brazil ini merupakan pemain yang cukup berpotensi. Memiliki susuk tubuh yang tegap dan larian yang deras, Moura berkeupayaan untuk beraksi di mana-mana posisi attacking midfielder. Di samping itu, Moura turut berkemahiran menggelecek bola sepertimana pemain-pemain hebat Brazil. 

Dengan adanya Moura, SAF sekurang-kurangnya dapat membuat putaran skuad dengan meletakkan pemain mengikut tahap kecergasan, taktikal pasukan ataupun kekuatan pasukan lawan. MU tidak boleh lagi menaruh kepercayaan sepenuhnya terhadap Scholes dan Giggs. Jadi, pemain-pemain muda perlu diberikan peluang dan kepercayaan untuk beraksi. 


Pengganti semula jadi kepada PJS

Yang pasti, Kagawa telah menunjukkan sedikit kemampuannya dalam perlawanan baru-baru ini terutamanya dalam membuat one touch passing. Kagawa juga tampak memiliki kreativiti dalam menjana serangan MU. Powell pula memperlihatkan keyakinan dan kematangan walaupun masih lagi muda. Kagawa mungkin menjadi pemain yang kerap beraksi untuk musim hadapan di bahagian serangan manakala Powell mungkin diturunkan selaku pemain gantian dan lebih menumpukan fungsi di bahagian tengah.

Bakal diadun menjadi 2nd Scholes


Pada pendapat aku, Rooney dan Carrick adalah dead cert bagi setiap kesebelasan utama MU. Berikut merupakan beberapa formasi yang mungkin digunapakai oleh SAF:

4 - 4 - 2 (diamond) 

DDG (Lindegaard/Amos)

Rafael (Jones) - Ferdinand - Vidic (Evans) - Evra

Carrick (Scholes)

Valencia (Nani/Cleverly) - Young (Anderson/Powell/Giggs)

Kagawa/Moura

Rooney (Welbeck) - RVP (Chicharito/Berbatov)


4 - 4 - 2

DDG (Lindegaard/Amos)

Rafael (Jones) - Ferdinand - Vidic (Evans) - Evra

Valencia/Moura (Bebe) - Carrick (Cleverly/Anderson) - Kagawa (Powell/Scholes/Giggs) - Young/Nani

Rooney (Welbeck) - RVP (Chicharito/Berbatov)




4 - 1 - 4 - 1



DDG (Lindegaard/Amos)

Rafael (Jones) - Ferdinand - Vidic (Evans) - Evra

Carrick (Scholes)

Valencia (Bebe) - Kagawa (Giggs) - Cleverly (Powell/Anderson) - Young/Nani

Moura

Rooney/RVP (Welbeck/Chicharito/Berbatov)





4 - 3 - 3


DDG (Lindegaard/Amos)

Rafael (Jones) - Ferdinand - Vidic (Evans) - Evra

Kagawa (Valencia) - Carrick (Anderson) - Cleverly (Powell/Scholes/Giggs)

Moura (Young) - RVP (Chicharito/Berbatov) - Rooney (Welbeck)






4 - 2 - 3 - 1


DDG (Lindegaard/Amos)

Rafael (Jones) - Ferdinand - Vidic (Evans) - Evra

Kagawa (Powell/Scholes) - Carrick (Anderson)

Valencia (Cleverly) -  Moura (Giggs) - Young (Nani)


Rooney/RVP (Welbeck/Chicharito/Berbatov)





4 - 3 -2 - 1


DDG (Lindegaard/Amos)

Rafael (Jones) - Ferdinand - Vidic (Evans) - Evra

Kagawa (Valencia) - Carrick (Anderson) - Cleverly (Powell/Scholes/Giggs)

Moura (Young) - Rooney (Welbeck) 

RVP (Chicharito/Berbatov) 

2 ulasan:

  1. klu betoi hat RVP n moura..kemaihhhhh..huuhhu

    BalasPadam
  2. moura nampak cam kelam dah heheh

    BalasPadam