Isnin, 12 Mac 2012

Review: Kedah vs Perlis - Piala FA

Keputusan perlawanan:


Kedah 3


Perlis 2




Ulasan perlawanan:

Kedah berjaya meneruskan rentak kemenangan yang dicipta ketika menewaskan Selangor dalam saingan Liga Super dengan menumpaskan negeri jiran, Perlis dalam satu perlawanan yang menarik. Dengan cuaca yang baik serta sorakan daripada penonton yang rata-ratanya peminat skuad hijau kuning yang mencecah hampir 20 ribu orang, Kedah berjaya menampilkan persembahan bertenaga bagi mencatatkan kemenangan dan sekaligus melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala FA.

Wan Jamak melakukan percaturan yang agak menarik apabila menurunkan kesebelasan utama Kedah dengan menggunakan formasi 5-3-2. Berikut merupakan pemain-pemain yang diturunkan:

Helmi

 Azmizi - Thiru - Keon

     Faizal                                                  Sabree

     Baddrol - Amar - Safi

    Hamidan - Meen


Ianya agak mengejutkan apabila melihat Thiru beraksi selaku last man memandangkan sebelum ini beliau lebih dikenali di posisi rightback. Namun, Thiru mampu menampilkan aksi yang kemas dan pretasi yang baik itu turut dibantu oleh Keon yang bijak menjadi stopper manakala Azmizi pula membayangi Thiru secara berkesan. 

Namun dua gol yang dilepaskan oleh Kedah boleh aku katakan 'soft goal'. Ini adalah kerana gol pertama Perlis terhasil menerusi sepakan sudut di mana Helmi berada di luar posisinya sementara Hamidan gagal menyaingi pemain Perlis bagi menanduk bola. Gol kedua Perlis pula berpunca setelah kekalutan di bahagian pertahanan yang gagal mengeluarkan bola dari situasi merbahaya. Terdapat lagi beberapa percubaan Perlis yang boleh menghasilkan gol kerana sedikit kealpaan di antara Thiru dan Azmizi.

Pujian harus diberikan kepada Sabree kerana begitu berkesan di posisi left wingback. Lariannya banyak membantu Kedah melancarkan serangan. Faizal pula tidak banyak memberikan sumbangan. Mungkin kerana bermain di posisi yang dikehendakinya. Tetapi apabila Hamidan dikeluarkan dan Faizal diarahkan untuk naik ke atas, Faizal mula mengancam gawang gol Perlis.

Bahagian tengah Kedah tidak banyak membantu serangan secara total. Safi dan Baddrol tampak sedikit tenggelam kerana dikawal begitu ketat oleh pemain Perlis selain membuat bentesan yang keras. Mujur Amar berjaya membuat hantaran-hantaran jauh yang tepat kepada bahagian serangan di samping menjaringkan gol buat Kedah. Amar banyak membuka permainan Kedah dari kawasan tengah.

Meen tampak telah kembali ke prestasi yang sepatutnya. Dua gol yang dijaringkan oleh Meen benar-benar menunjukkan kemampuan dirinya selaku penggempur utama Kedah di mana gol pertama dihasilkan menerusi larian solo menarik sebelum melepas rembatan leret melepasi jangkauan penjaga gol Perlis. Gol kedua Meen adalah melalui tandukan selepas menyambut sepakan sudut. Pasangan Meen di bahagian serangan iaitu Hamidan tidakla begitu mengecewakan. Hamidan berjaya membuat cubaan ke arah pintu gol Perlis serta menjaringkan satu gol yang tidak dikira setelah penjaga garisan mengatakan Hamidan sebelum itu offside.

Kedah sememangnya menampakkan peningkatan yang memberangsangkan sejak kebelakangan ini. Momentum sebegini perlu diteruskan kerana secara matematik, Kedah masih mampu mencabar kejuaraan Liga Super musim ini memandangkan jurang mata antara pendahulu liga dengan Kedah tidak begitu banyak walaupun ketika ini Kedah sedang menghuni tempat tiga dari bawah.



Pemain terbaik perlawanan:

Kyril Muhaimeen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan