Sepertimana yang telah diketahui, MU yang pada mulanya bercita-cita ingin menjulang tiga kejuaraan terpaksa melupakan hasrat tersebut selepas tersingkir dari dua pertandingan piala. Kini, tumpuan MU hanya terarah kepada kejuaraan BPL musim ini yang menjadi sasaran utama selepas kecewa pada musim lepas.
Sepertimana ketika bertemu Chelsea baru-baru ini, RVP turut mempunyai sekurang-kurangnya dua peluang tetapi percubaannya tersasar. SAF mengakui bahawa RVP mungkin mengalami kesan akibat persembahan yang cemerlang ditunjukkan pada pusingan pertama BPL di mana pada ketika itu, RVP kerap mencatatkan nama selaku penjaring gol.
Namun, oleh kerana kepenatan dari segi mental dan fizikal, RVP gagal mengulangi kecemerlangannya. Mujur, dalam saingan BPL, pemain MU lain seperti Rooney dan Kagawa mampu untuk menggalas tugas meledakkan gol. Ada yang mengatakan prestasi RVP yang agak merosot ini adalah kesan daripada pengalamannya beraksi bersama Arsenal.
Ini kerana, Arsenal akan tampak hebat di awal musim. Tetapi apabila musim melepasi Hari Krismas ataupun tahun baru, Arsenal agak ketinggalan di belakang dalam liga ataupun telahpun tersingkir dari saingan piala. Jadi, kegagalan Arsenal untuk mencabar sebarang kejuaraan mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi prestasi RVP seterusnya turut memberikan kesan walaupun RVP telah menyertai MU pada musim ini.
Walaubagaimanapun, mujur MU masih lagi mempunyai tiga lagi penyerang berbisa untuk diharapkan. Sumbangan RVP tidak dinafikan memang memberikan kelebihan buat MU terutamanya dalam BPL pada ketika ini. Mungkin, sedikit perubahan percaturan formasi mahupun strategi mampu untuk mengembalikan sentuhan penyudah RVP.
Valencia merupakan salah seorang pemain MU yang mengalami kemerosotan prestasi yang amat ketara musim ini. Valencia sendiri mengatakan bahawa kecergasan dirinya masih belum di tahap optimum akibat kecederaan yang dialami. Akibatnya, corak permainan Valencia boleh dikatakan menerima cemuhan para peminat MU.
Pada musim ini, Valencia gagal menepati ciri-ciri seorang pemain sayap yang diperlukan oleh MU. Tidak yakin membuat larian dan gelecekan serta melakukan hantaran silang yang tidak tepat atau sempurna menyebabkan Valencia gagal mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama MU.
Tetapi, dalam perlawanan menentang Chelsea baru-baru ini, Valencia tampak cemerlang beraksi di pertahanan kanan. Walaupun pada hakikatnya Valencia merupakan pemain sayap, tetapi apabila diletakkan di pertahanan kanan, persembahan Valencia tampak bagus dengan bijak membantu serangan dan berani melakukan bentesan.
Jika dibandingkan dengan Rafael, Valencia memiliki ketenangan yang dimiliki seorang pemain pertahanan sementara pada musim ini, Rafael menunjukkan kebolehannya melancarkan serangan selain menjaringkan satu atau dua gol. Mana tahu, mungkin SAF boleh mencuba untuk menukarkan posisi antara Rafael dan Valencia bagi mendapatkan kesan yang efektif buat pasukan.
Pertemuan dengan Man City pada awal pagi Isnin pastinya menjanjikan perlawanan yang menarik. Man City semestinya mensasarkan kemenangan bagi merapatkan jurang perbezaan mata selain ingin mengulangi episod duka MU pada musim lepas dengan membelasah MU.
Jika mencapai kemenangan, MU akan terus menjarakkan kedudukan dengan kelebihan 18 mata tatkala saingan BPL berbaki tujuh perlawanan. Jadi, ini membolehkan MU menghampiri kejuaraan BPL kali ke-20. Dengan kembalinya Rooney, MU dlilihat mampu untuk menafikan terus cabaran yang diberikan oleh Man City dalam perlawanan yang akan berlangsung di OT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan