Kedah - Atasi Sarawak itu sudah kemestian
TONGGAK
Kedah Nelson San Martin, menyifatkan Pasukan Hijau Kuning mampu
mencatatkan kemenangan mengatasi Sarawak pada perlawanan Liga Premier
Jumaat ini dengan kehadiran semula penyerang kebangsaan Khyril Muhymeen
Zambri dan penyerang import dari Croatia Alen Guc yang tidak beraksi
pada perlawanan lalu.
Sepatutnya perlawanan di Kuching dua Jumaat lalu menjelmakan keputusan
seri tetapi ketiadaan Khyril dan juga penyerang import telah sedikit
menrencatkan prestasi pasukan, tetapi penganti mereka Faizal Abu Bakar
dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli juga tidak kurang hebat pada perlawanan itu
hanya nasib tidak menyebelahi mereka.
“Jumaat ini pasti kita akan memberi satu cabaran hebat kepada Sarawak
dan mereka sendiri mengetahui kemampuan kita dan pasti akan lebih
bersedia untuk menyukarkan lagi tugas kita mencari kemenangan. Kita kini
sudah menjalani latihan keras dan Alen juga sudah hampir serasi dengan
corak permainan di amalkan oleh kami, pasti ini mencerahkan harapan kami
untuk melakukannya.
“Kehadiran Khyril dan Alen akan pasti memberi tekanan kepada pertahanan
Sarawak dan saya serta Zuraindey Jumai pasti akan mencuri peluang ini
untuk merobek gawang lawan yang memang mantap ketika kami beraksi di
Kuching dan perlu di beri perhatian oleh penyerang kita.
“Kami mengetahui betapa pentingnya kemenangan berpihak kepada kami
kerana selain dari ini bolehlah kita memadamkan terus harapan untuk
mengejar pendahulu liga ketika ini KL Sime Darby FC yang meninggalkan
kita dengan perbezaan lapan mata berbaki 11 perlawanan liga,” kata
Nelson.
Katanya, mereka mengetahui lawan mereka itu memang mantap dan telah
membuktikan kewibawaan mereka ketika kalah tipis kepada Kelantan 2-1 di
Kota Bharu pada Sabtu lalu, ini sepatutnya di jadikan sebagai amaran
oleh kesemua pemain Kedah untuk lebih berwaspada dan menumpukan
perhatian terhadap perlawanan selama 90 minit.
“Bukan mustahil untuk mengatasi Sarawak walaupun mereka kini berada di
tempat kedua tangga Liga Premier kerana mereka juga turut kehilangan
mata pada beberapa perlawanan lalu, hanya kesungguhan dan kemahuan untuk
meraih kemenangan pada perlawanan Jumaat ini oleh kesemua kesebelasan
utama sahaja akan dapat memberikan kejayaan kepada kita selainnya hanya
mengundang kekecewaan.
“Saya juga kurang sihat ketika ini tetapi saya tetap menjalani latihan
bersama rakan sepasukan lain kerana tidak mahu semangat mereka luntur
ataupun mereka menganggap saya istimewa dan boleh berehat dari menjalani
latihan, saya mahu memastikan semangat kesemua pemain berada pada tahap
tinggi dan yakin dengan kemampuan diri mereka ketika berdepan barisan
pemain lawan,” kata Nelson.
Katanya, letih ataupun tidak dia tetap mahu beraksi pada perlawanan
Jumaat depan kerana mahu membantu rakan sepasukannya mencatatkan
kemenangan yang di harapkan oleh ribuan peminat setia Pasukan Hijau
Kuning dan juga pihak pengurusan pasukan.
sumber: http://www.kedahlanie.info/2013/04/kedah-atasi-serawak-itu-sudah-kemestian.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan