Isnin, 1 April 2013

Review: MU vs Sunderland (BPL)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 1
Bramble 27' (o.g.)

SUNDERLAND 0


Pemain terbaik perlawanan (pilihan MBD):

MICHAEL CARRICK


Kesebelasan utama MU:


Pertukaran pemain:

Evans >> Rafael
Welbeck >> Kagawa
Cleverley >> Anderson


Ulasan perlawanan:

Persembahan yang boleh dikatakan sekadar 'cukup makan' sudah memadai buat MU untuk terus mengutip tiga mata penuh dengan menumpaskan Sunderland 1-0 di halaman lawan. Gol kemenangan MU dihasilkan menerusi jaringan sendiri Bramble yang tertampan bola rembatan RVP.

SAF seperti tidak ingin mengambil mudah ke atas cabaran Sunderland apabila membuat keputusan menurunkan kesebelasan MU yang agak kuat. Dengan menggunakan formasi 4-2-3-1, DDG meneruskan tugasnya di gawang gol MU dengan di hadapannya menyaksikan Smalling berpasangan dengan Vidic di pertahanan tengah sementara Rafael dan Buttner mengisi slot di pertahanan kanan dan kiri.

Walaubagaimanapun, malang menimpa Rafael apabila mengalami kecederaaan di babak awal perlawanan dan memaksa SAF membuat pertukaran dengan memasukkan Evans sekaligus membuat perubahan pemain di mana Smalling beralih posisi ke pertahanan kanan. Evans mengambil slot di sisi Vidic.

Persembahan Buttner benar-benar mencuri tumpuan apabila menampilkan prestasi yang cukup memberangsangkan.Walaupun belum lagi dianggap sebagai pengganti Evra yang selayaknya, Buttner ternyata cukup berkesan sama ada ketika bertahan mahupun menyerang. Buttner nyaris-nyaris menyumbangkan gol apabila rembatan derasnya berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Sunderland.

Seperti biasa, Carrick menjalankan tugas dengan efisyen. Ketenangan yang ditunjukkan oleh Carrick membolehkan MU tidak berhadapan masalah yang banyak ketika menahan serangan Sunderland. Persefahaman Carrick tampak baik dengan Anderson dalam mengemudikan bahagian tengah MU. Mereka berdua memberikan bantuan secukupnya kepada Kagawa yang menjadi penggerak serangan MU terutamanya dalam separuh masa pertama.

Sunderland ternyata tidak menggunakan kesempatan untuk beraksi dengan baik tatkala MU hanya bermain di bawah tahap sepatutnya. Kadang-kala sebelas pemain MU berada di kawasan sendiri menahan asakan Sunderland yang boleh dikatakan tidaklah begitu merbahaya. 

Setakat ini, dalam 30 perlawanan BPL, MU telah mengecapi 25 kemenangan dan semakin hampir untuk memburu kejuaraan kali ke-20. Kelebihan 15 mata yang dimiliki bakal menyaksikan MU mungkin hanya memerlukan sepuluh mata sahaja lagi dari baki lapan perlawanan bagi memastikan kejuaraan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan