Isnin, 8 April 2013

Preview: MU vs Manchester City (BPL)


Walaupun pada hakikatnya saingan BPL masih lagi berbaki lapan perlawanan buat kedua-dua pasukan, MU pastinya berharap kemenangan ke atas Man City (MC) awal pagi esok mendekatkan lagi kejuaraan BPL untuk kembali semula ke OT.



Kelebihan 15 mata yang dimiliki oleh MU dilihat cukup selesa bagi membolehkan MU menjulang kejuaraan BPL kali ke-20. Walaubagaimanapun, MU tidak mengambil mudah dengan keadaan selesa tersebut dengan ingin mengutip tiga mata penuh seterusnya menjarakkan lagi MU dengan MC menjadikan perbezaan 18 mata dengan baki tujuh perlawanan. 

MU tampak akan menurunkan kesebelasan terbaik dan terkuat memandangkan skuad MU tidak mengalami masalah kecederaan di kalangan pemain yang serius dan banyak. Hanya beberapa nama sahaja yang pasti tidak dapat disenaraikan.

Pertembungan di bahagian tengah bakal menentukan kemenangan bagi kedua-dua pasukan dari kota Manchester ini. MU kemungkinan besar menggunakan formasi 4-2-3-1 akan meletakkan gandingan Carrick dan Jones untuk menjadi tonggak tengah dengan harapan dapat mengimbangi Barry dan Yaya Toure. Tugas Carrick dan Jones di kawasan tengah akan dibantu oleh Rooney.

Kagawa dan Valencia akan mengambil slot masing-masing di bahagian sayap kiri dan kanan manakala RVP tetap akan menjadi penyerang utama MU walaupun mengalami kemarau gol kebelakangan ini. Rooney menggalas tugas berat kerana bukan sahaja menjadi penghubung antara bahagian tengah dengan RVP, malah perlu membantu Carrick dan Jones memenangi pertarungan kawasan tengah padang.

SAF dilihat akan mempertaruhkan kepercayaan kepada gandingan senior, Ferdinand dan Vidic di bahagian pertahanan dan akan diapit oleh Rafael dan Evra. DDG pula meneruskan aksinya selaku penjaga gawang gol MU. Setakat ini, MU menunjukkan kemantapan di bahagian pertahanan apabila mengekalkan 'clean sheet' dalam enam perlawanan BPL.

MC semestinya akan cuba memberikan persembahan terbaik walaupun beraksi di halaman lawan. Ini adalah kerana, jika MU memperoleh kemenangan, MC berhadapan tugas berat untuk mencabar MU memandangkan pada hujung minggu hadapan, MU akan bertemu Stoke City manakala MC tidak akan beraksi dalam saingan BPL bagi menentang Chelsea dalam perlawanan separuh akhir Piala FA. 


Jangkaan kesebelasan utama MU:




Jangkaan perlawanan dan keputusan:

MU dijangkakan akan meneruskan rentak kemenangan dengan menjadikan MC sebagai mangsa terbaru. SAF mungkin menghadapi sedikit dilema dalam pemilihan pemain tetapi dengan kesebelasan utama yang bakal diturunkan, ianya sudah cukup untuk memberikan kedukaan kepada MC. Perlawanan awal pagi esok yang berlangsung di OT bakal menyajikan corak permainan terbuka daripada kedua-dua pasukan. Aku merasakan RVP mampu untuk meledakkan hatrik selepas mengalami ketandusan gol di mana MU mengutip tiga mata penuh menerusi kemenangan 4-1 ke atas MC.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan