MU bakal berhadapan dengan tugas berat apabila akan berkunjung ke Upton Park bagi menentang West Ham United (WHU) yang belum tewas dalam tiga perlawanan terdahulu.
SAF dijangkakan akan melakukan sedikit rombakan terhadap kesebelasan utama MU dengan menyenaraikan semula Rafael, Nani dan Cleverley. Mereka bertiga diberikan laluan selepas Vidic, Chicharito dan Valencia diketepikan. Walaubagaimanapun, MU masih lagi formasi 4-4-2 dengan Rooney dan RVP mengepalai serangan MU.
Carrick akan menerima Cleverley di sampingnya manakala Nani dan Kagawa mengambil tempat masing-masing di sayap kanan dan kiri. Bahagian pertahanan menyaksikan Jones akan diletakkan di pertahanan tengah untuk berpasangan dengan Ferdinand. Rafael dan Evra berada di pertahanan kanan dan kiri. Kedudukan DDG selaku penjaga gol utama pastinya langsung tidak tergugat.
Sepertimana ketika bertemu Stoke City, WHU juga turut menggemari untuk membuat hantaran-hantaran jauh ke dalam kotak penalti dengan mensasarkan penyerang pinjaman dari Liverpool iaitu Carroll. Berdasarkan pengalaman setiap kali bertemu dengan penyerang tinggi lampai, MU dirasakan akan menghadapi kesukaran dalam mengekang Carroll yang setakat ini cemerlang meledakkan lima gol dalam tujuh perlawanan.
Walaupun tampak efektif dalam perlawanan baru-baru ini, Rooney dilihat menjadikan corak permainan MU sedikit perlahan di mana Rooney lebih selesa mengawal bola terlebih dahulu sebelum membuat hantaran. Ini sedikit sebanyak merencatkan permainan MU dan pergerakan pemain yang cuba mencari ruang kosong bagi melancarkan serangan.
Maka, kehadiran semula Cleverley akan mempercepatkan hantaran bola dibuat seterusnya mengeksploitasikan bahagian pertahanan WHU yang sedikit perlahan. Selain Cleverley, Kagawa juga mungkin akan memainkan peranan penting buat MU untuk mengutip tiga mata penuh daripada WHU.
MU hanya memerlukan tujuh mata sahaja lagi dari baki enam perlawanan BPL untuk mengesahkan kejuaraan. Kutipan mata ini tidak bergantung langsung kepada keputusan yang diperoleh Man City. Tetapi jika Man City gagal mengecapi kemenangan dalam dua perlawanan, MU akan ditabalkan sebagai juara England yang baru.
Jangkaan kesebelasan utama MU:
Jangkaan perlawanan dan keputusan:
MU perlu berwaspada dengan Carroll yang menunjukkan peningkatan kebelakangan ini. RVP dan Rooney sememangnya menjadi taruhan MU untuk merobek pertahanan WHU. Jika corak permainan pantas berjaya ditunjukkan oleh MU, tidak mustahil kemenangan akan diperoleh oleh MU. Aku menjangkakan MU akan mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas WHU awal pagi nanti dengan RVP dan Rooney menyumbangkan gol buat MU.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan