Rabu, 1 Ogos 2012

Ulasan sebahagian kelab BPL - part 2


Sepatutnya aku akan memasukkan entry kedua pada keesokan harinya selepas entry pertama. Namun disebabkan kekangan masa dan kesibukan kerja, menyukarkan aku untuk berbuat demikian. Walaubagaimanapun, untuk pagi ini aku akan sambung semula ulasan aku yang berhari-hari tidak disambung (hehe...).

Liverpool telah melantik pengurus baru iaitu Brendan Rodgers, seorang pengurus yang muda dan mempunyai potensi untuk menjadi pengurus yang bagus. Rodgers yang sebelum ini mengendalikan Swansea City dilihat gemar menjadikan pasukannya memperlihatkan corak permainan yang menarik menerusi pertukaran hantaran antara pemain. Setakat ini, Liverpool hanya membeli seorang sahaja pemain iaitu Borini yang diharapkan mampu membantu Suarez melancarkan serangan.

Selain itu, Cole yang pada musim lepas beraksi di Ligue One bersedia untuk beraksi di bawah pengurusan Rodgers. Liverpool juga dikaitkan dengan pembelian pemain tengah Swansea City, Joe Allen, pemain yang menjadi nadi ketika Rodgers berada di sana. Musim hadapan bakal menyaksikan Liverpool akan menampilkan corak permainan yang lebih kolektif dan tidak terlalu 'direct', sesuai dengan prinsip Rodgers.

Sebuah lagi kelab Merseyside, Everton telah kehilangan 'talisman'nya, Cahill yang berhijrah ke USA. Namun, penghijrahan tersebut dilihat suatu yang positif kerana pengurus Everton, Moyes ingin menaiktarafkan pemain muda seperti Barkley selain menjadikan Fellaini sebagai tunjang pasukan. Everton juga menerima semula kemasukan Pienaar yang sebelum ini dipinjamkan daripada Spurs.

Juara BPL, Man City pula masih belum membuat sebarang pembelian pemain baru. Ini adalah kerana pemilik Man City dikatakan tidak mahu mengeluarkan perbelanjaan selagi Mancini tidak melupuskan pemain yang tidak berfaedah buat pasukan seperti Adebayor dan Santa Cruz. Ini sekaligus memberikan ruang kepada pasukan lain untuk membida pemain tanpa gangguan Man City.

Pasukan yang rancak memperkuatkan skuad pada ketika ini adalah QPR. Dengan kehadiran pengurus baru, Hughes, QPR berjaya membuat tawaran yang menarik untuk mendapatkan beberapa pemain yang bagus. Antaranya adalah Ji-Sung yang berpindah dari MU. Selain itu, QPR turut mendapatkan Fabio secara pinjaman dari MU. Hoilett yang mencuri tumpuan di Blackburn Rovers juga menyertai QPR. Tiga pemain baru QPR diperoleh secara percuma iaitu Green, Nelsen dan Johnson. 

Setakat ini sahaja ulasan dari aku. Adios...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan