Isnin, 20 Ogos 2012

BPL Preview: MU vs Everton


MU dan Everton akan bertemu dalam perlawanan yang akan berlangsung awal pagi esok dan merupakan perlawanan ke10 dalam perlawanan pembukaan saingan BPL musim ini.

MU pada awalnya melakukan persediaan yang rapi bagi menghadapi perlawanan pertama musim ini. Namun, MU menerima khabar yang tidak menggembirakan apabila Ferdinand akan tersisih selama dua bulan selepas mengalami kecederaan sekaligus menyebabkan MU kekurangan pemain pertahanan tengah. Sepatutnya MU berasa seronok kerana menerima semula kehadiran kapten pasukan, Vidic ke kesebelasan utama dan gandingannya dengan Ferdinand sememangnya dinantikan.

Seperti telah menduga ketiadaan Ferdinand, SAF yang meletakkan Carrick sebagai pertahanan tengah ketika perlawanan persahabatan pra musim akan beraksi di samping Vidic pada awal pagi esok. MU agak gusar kerana Ferdinand menyertai tiga lagi pemain pertahanan iaitu Evans, Smalling dan Jones yang kesemuanya mengalami kecederaan.

Berita terbaru mengatakan RVP bakal mempamerkan aksi sulungnya buat MU dalam kesebelasan utama selepas dikatakan memiliki kecergasan sepenuhnya walaupun sebelum ini, SAF hanya akan memberikan RVP beraksi dari bangku simpanan. Ini sekaligus memberikan peluang kepada peminat MU gandingan Rooney dan RVP mengepalai serangan MU.

Dengan perubahan Carrick ke barisan pertahanan dan kebolehsediaan RVP beraksi dalam kesebelasan utama, aku menjangkakan SAF akan menggunakan formasi 4-1-3-2 dengan menurunkan:

DDG

Rafael - Carrick - Vidic - Evra

Scholes

Valencia - Kagawa - Young

Rooney - RVP

Everton pula dilihat ingin memberikan kejutan biuat MU menerusi saingan sengit walaupun ketiadaan Cahill yang sebelum ini menjadi nadi utama mereka. Everton menaruh kepercayaan kepada Jelavic dan Naismith bagi melancarkan serangan sementara Fellaini mengemudikan bahagian tengah bersama-sama Neville dan Osman. Pienaar yang berkeyakinan untuk sekali lagi menafikan MU mencatatkan tiga mata penuh sepertimana yang dilakukan pada musim lepas.

Aku menjangkakan MU akan menunjukkan corak serangan pantas dengan Kagawa menjadi tunjang kepada pergerakan dan corak permainan MU. Berdasarkan kekuatan dan kelemahan kedua-dua pasukan, aku merasakan MU mampu untuk memperoleh kemenangan di Goodison Park dengan keputusan 4-1 di mana gol-gol disumbangkan oleh Rooney dan RVP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan