Khamis, 16 Ogos 2012

Dia mai dahhh.... nak kata apa daaahhh


Hari ini boleh dikatakan hari yang cukup menggembirakan sebahagian besar peminat MU apabila mengetahui bahawa MU dan Arsenal mencapai persetujuan ke atas perpindahan RVP ke OT.

Dengan kemasukan RVP ke MU, SAF kini memiliki empat penyerang berbisa iaitu RVP, Rooney, Welbeck dan Chicharito dengan tanpa mengambil kira Berbatov. Ini adalah kerana Berbatov dilihat tidak mempunyai peluang untuk beraksi dan berkemungkinan besar MU akan menjual Berbatov dengan harga yang boleh dikatakan cukup berpatutan.

Pembelian RVP dan Kagawa boleh dianggap pembelian yang bijak oleh MU kerana telah sekian lama MU tidak mempunyai penyerang berbisa dan pemain tengah yang boleh bertindak sebagai playmaker. Sejak ketiadaan Nistelrooy, MU kelihatan sukar untuk mencari striker yang mampu mencetak 20 ke 25 gol setiap musim. CR tidak boleh diambilkira memandangkan posisi hakikinya adalah winger ataupun forward.

MU sememangnya memiliki kekuatan di bahagian sayap kerana berupaya membuat hantaran-hantaran silang yang cukup baik untuk mencipta peluang menghasilkan gol. Ini dapat dilihat dengan kecemerlangan Valencia dan Nani yang mempunyai rekod asisst yang baik pada musim lepas. Keberkesanan mereka berdua sekaligus membolehkan Rooney menjaringkan 27 gol.





Sudah pasti SAF akan menggandingkan RVP dengan Rooney di bahagian serangan MU di mana RVP bertindak sebagai goal poacher sementara Rooney diberikan free role bagi membuka ruang dan sokongan kepada RVP. Menerusi formasi 4-4-2 diamond, Kagawa pula berperanan sebagai linkage antara bahagian tengah dan serangan selain melakukan forward run bagi membantu Rooney dan RVP. Bagi aku, ketiga-tiga posisi ini akan diisikan secara kerap dan tetap oleh Kagawa, Rooney dan RVP. Agak sukar untuk pemain lain bagi merebut ketiga-tiga posisi tersebut. 

Bahagian sayap kanan sudah pasti milik Valencia yang kini memakai nombor 7 yang merupakan nombor iconic buat MU. Sayap kiri akan menjadi rebutan antara Nani dan Young. Carrick telah dianggapkan oleh SAF sebagai nadi utama MU di bahagian tengah MU. Posisi Carrick juga agak sukar dicabar kerana keupayaannya mengemudi bahagian tengah, melindungi barisan pertahanan serta boleh membuka permainan dari bawah melalui hantaran jauh yang tepat.

Giggs dan Scholes hanya akan digunakan dalam perlawanan tertentu sahaja, berdasarkan taktikal dan formasi yang ingin SAF terapkan. Anderson dan Fletcher akan bersaing antara satu sama lain untuk posisi Carrick manakala Cleverly pula bakal menjadi back-up kepada Kagawa sekiranya diperlukan. Powell mungkin akan diserapkan ke skuad utama secara perlahan dan diberikan peluang beraksi dalam pertandingan piala. Bebe pula lebih kepada simpanan bagi kedua-dua posisi sayap walaupun boleh dikatakan beraksi dengan baik ketika pra musim baru-baru ini.

Pertahanan MU kini menghadapi sedikit masalah akibat kecederaan beberapa pemain. Setakat ini, Smalling disahkan tidak dapat beraksi hampir tiga bulan sementara Jones dan Evans dalam proses pemulihan bagi mendapatkan semula kecergasan. MU perlu berharap gandingan empat pemain tetap iaitu Rafael, Ferdinand, Vidic dan Evra dapat beraksi dengan baik tanpa mengalami sebarang kecederaan. Yang agak merisaukan adalah ketiadaan back-up kepada Evra selepas Fabio dipinjamkan kepada QPR.

Posisi penjaga gol rasanya bakal dikuasai oleh DDG. Walaubagaimanapun, Lindegaard juga berkemampuan menggalas tugas penjaga gol utama MU sekiranya diperlukan. Secara keseluruhan, MU tampak mantap dengan kemasukan Kagawa dan RVP. Yang penting, SAF masih lagi memberikan tumpuan terhadap barisan serangan terlebih dahulu seperti sebelum-sebelum ini bagi mengelakkan MU berputih mata terlepas kejuaraan BPL musim lepas disebabkan perbezaan gol.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan