Untuk menghadapi saingan musim depan, kelab-kelab BPL tentunya tidak akan melepaskan peluang membeli beberapa pemain baru bagi memperkuatkan pasukan selain mengaturkan perlawanan persahabatan bagi mendapatkan kesefahaman di kalangan pemain serta menguji kemahiran pemain baru.
Chelsea boleh dikatakan berbelanja besar terutamanya bagi menggantikan beberapa tenaga lama di samping ingin mengekalkan statusnya selaku juara kelab eropah. Kehadiran tiga pemain muda yang berpotensi iaitu Hazard, Marin dan terbaru sekali adalah Oscar, akan memberikan impak yang agak besar kepada kesebelasan utama Chelsea. Aku tidak dapat memikirkan kemungkinan ketiga-tiga mereka diturunkan secara serentak memandangkan Chelsea masih lagi mempunyai Sturrigde, Lampard, Essien, Mikel dan sebagainya. Yang pasti Torres akan mengisi slot peledak gol yang ditinggalkan oleh Drogba.
Arsenal pula seperti telah menjangkakan bahawa Van Persie akan meninggalkan kelab tersebut lalu mendapatkan dua penyerang baru iaitu Pudolski dan Giroud. Bagi aku, dari segi serangan, Arsenal nampak mantap dengan kehadiran dua pemain tersebut tetapi bahagian tengahnya sedikit pincang. Wilshere dan Diaby yang kerap dilanda kecederaan menyebabkan Arsenal kekurangan pemain yang bagus untuk bahagian tengah. Sejak berpindahnya Fabregas, tugas Wenger dari satu musim ke satu musim menjadi berat setelah kehilangan beberapa pemain berkaliber dan pasti ketiadaan Van Persie sedikit sebanyak memberikan kesan.
Bersaranya King dari arena bola sepak, membolehkan Spurs mendapatkan Vertonghen yang merupakan pemain pertahanan tengah yang bagus. Seorang pemain lagi yang dibeli oleh Spurs adalah Sigurdsson. Cuma yang nampak sedikit kekurangan buat Spurs adalah ketiadaan penjaring gol secara konsisten. Perpindahan Adebayor masih lagi tidak mencapat persetujuan, Pavluychenko telah dijual manakala Defoe pula tidak mencapai ekspektasi yang diharapkan. Selain itu, Spurs juga berhadapan dengan kemungkinan kehilangan Modric yang telah menyatakan hasrat untuk keluar dari Spurs.
p/s: esok sambung pulak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan