KEJOHANAN Eropah bermula dengan hangat dan keadaannya semakin baik dalam setiap perlawanan. Poland dan Ukraine terbukti sebagai tuan rumah yang hebat meskipun pasukan mereka masih jauh ketinggalan.
England gagal menepati ranking dunia mereka manakala Jerman secara tiba-tiba kepenatan, membolehkan Sepanyol memusnahkan impian Itali dalam final yang kelihatan berat sebelah. Ini adalah kesebelasan yang dianggap terbaik sepanjang Euro 2012. Apa pandangan anda?
PENJAGA GOL: Iker Casillas (Sepanyol)
Penjaga gol yang biasa jarang menyelamatkan jaringan dengan baik. Penjaga gol yang hebat menyelamatkan gol dengan cemerlang dan menghasilkan kejuaraan.
Casillas memenangi banyak kejohanan. Satu lagi persembahan sempurna daripada pemain Real Madrid.
Tahukah anda?
Casillas mengekalkan rekod sembilan perlawanan tanpa bolos di Euros menyamai rekod Edwin van der Sar buat Belanda. Buffon berada di tempat keempat dalam senarai dengan lima perlawanan di belakang Dino Zoff (enam).
BEK KANAN: Glen Johnson (England)
Prestasi pertahanan Liverpool, Johnson menentang Itali adalah antara yang menyerlah dalam aksi separuh masa kedua suku akhir England yang hambar.
Ironinya, Chelsea masih gagal mendapatkan seorang bek kanan yang baik sejak dia meninggalkan kelab itu pada 2007.
Tahukah anda?
Hanya Steven Gerrard (128) memberi lebih banyak sentuhan di bahagian lawan berbanding Johnson (122) untuk pasukan England di Euro 2012.
BEK KIRI: Jordi Alba (Sepanyol)
Jika anda melihat pemain pertahanan ini membuatkan Barcelona membelanjakan STG11 juta baru-baru ini, ia menjelaskan apa yang kita perlu tahu mengenai pertahanan itu. Jaringannya ketika menentang Itali membezakannya angtara Lahm dan Cole. Dua pemain yang hebat tetapi kini kita mempunyai bek kiri baru yang menjadi sebutan dan namanya Jordi Alba.
Tahukah anda?
Alba membuat lebih banyak hantaran dalam Euro 2012 berbanding pertahanan lain (410) dan menjadi satu daripada dua pertahanan menjaringkan gol (bersama Lahm).
Satu daripada tiga pemain yang paling banyak melakukan gerakan ke bahagian lawan (325).
BEK TENGAH: Mats Humels (Jerman)
Jerman sering melahirkan bek tengah luar biasa dalam kejohanan utama. Hummels yang beraksi buat Borssia Dortmund adalah pemain seterusnya.
Tahukah anda?
Hummels memenangi peratusan tertinggi dalam pertarungannya (81.1%) lebih daripada mana-mana pemain lain di Euro 2012.
BEK TENGAH: Sergio Ramos (Sepanyol)
Bintang Real Madris itu membantu Carles Puyol dengan hebat di bahagian bek tengah. Dia adalah seorang pertahanan menyerang yang cenderung untuk menghukum pasukan lawan jika diberi sedikit reuang. Dia menunjukkan sentuhan hebat dalam kejohanan ini.
Tahukah anda?
Ramos melakukan lebih banyak sepakan berbanding pertahanan lain di Euro 2012(7).
TENGAH: Andres Iniesta (Sepanyol)
Satu daripada pemain paling berpengaruh dalam skuad Sepanyol. Bertubuh kecil tetapi berani, Iniesta sekali lagi membuktikan jika anda mempunyai kemahiran mencukupi, saiz tidak menjadi alasan. Sila ambil perhatian, Andy Carroll.
Tahukah anda?
Iniesta membuat percubaan tepat tanpa menjaringkan gol dalam pusingan akhir Kejohanan Eropah berbanding pemain lain.
TENGAH: Andrea Pirlo (Itali)
Pemain seperti Pirlo begitu selesa dengan bola hingga anda terfikir bola melekat di kaki mereka. Semua orang boleh berlari tetapi anda perlukan bakat untuk bermain.
Tahukah anda?
Pirlo membuat 131 hantaran ketika menentang England, hanya Xavi melakukan lebih banyak hantaran dalam satu perlawanan di Euro 2012 sewaktu menentang Ireland dengan 136 hantaran.
TENGAH: Xavi (Sepanyol)
Jika Iniesta adalah adalah antara pemain paling berpengaruh dalam skuad Sepanyol dalam tiga kejohanan terakhir, Xavi sudah pasti menjadi satu daripadanya. Dua pemain bertubuh kecil menerajui Armada Sepanyol.
Tahukah anda?
Sewaktu menentang Portugal, Xavi mengatasi Zinedine ZIdane (843) sebagai pemain yang membuat hantaran paling banyak dalam Kejohanan Eropah (949) dan juga merancang paling banyak jaringan dalam kejohanan ini (25).
TENGAH MENYERANG: Steven Gerrard (England)
Steven Gerrard pernah ditanya mengapa dia gagal menghasilkan mutu permainan yang sama di England seperti di Liverpool. Dia kecewa dengan soalan itu.
Bagaimanapun nampaknya, tugas sebagai kapten memberikannya keyakinan ketika menyarung jersi England.
Tahukah anda?
Dia menyumbang dalam empat daripada lapan jaringan England dalam dua kejohanan utama (satu gol, tiga bantuan gol).
PENYERANG: Mario Gomez (Jerman)
Penyerang Bayern Munich itu gagal meledak jaringan sewaktu final Liga Juara-Juara ketika menentang Chelsea. Keadaan itu tidak berlaku dalam Kejohanan Eropah. Pendekatan yang lebih kemas dan tersusun di depan gol membawa tuah kepadanya untuk menyumbang tiga gol di Poland dan Ukraine.
Tahukah anda?
Hanya pemain Sepanyol, David Silva terbabit dalam lebih banyak jaringan di Euro 2012 (tiga gol, satu bantuan jaringan) berbanding Gomez.
PENYERANG: Mario Balotelli (Itali)
Suka atau bencikannya atau apa saja fikiran anda terhadap Balotelli, anda tidak boleh mengelaknya. Bintang yang semakin bersinar ini mencatat namanya dalam sejarah Azzuri pada usia 21 tahun.
Tahukah anda?
Hanya Cristiano Ronaldo (37) membuat lebih banyak sepakan ke gawang berbanding Balotelli di Euro 2012 (25). Balotelli menjadi pemain Itali pertama menjaringkan tiga gol dalam satu edisi Kejohanan Eropah.
11 terbaik aku (formasi 4-3-2-1):
Casillas
Lahm - Hummels - Ramos - Jordi Alba
Xavi - Pirlo - Iniesta
Cristiano Ronaldo ----------------------------------- Fabregas
Balotelli
source: http://www.hmetro.com.my/articles/11terbaikEropah/Article
Tiada ulasan:
Catat Ulasan