Petang ini aku akan cuba ulaskan serba sedikit berita yang baru dan lama membabitkan MU dan seterusnya memberikan komen terhadap skuad semasa MU.
PJS memutuskan untuk menyarung jersi QPR kerana berasakan QPR telah memberikan tawaran yang menarik buat dirinya selain mempunyai route map yang bagus untuk kembali menjadi kelab ternama. Bagi aku, PJS mengambil keputusan yang tepat kerana jika PJS terus berada di MU, beliau akan berhadapan dengan kesukaran untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama. Ini adalah kerana PJS dilihat telah kehilangan aset utamanya iaitu kecergasan sewaktu beraksi.
PJS tampak tidak mempunyai kecergasan dan kecerdasan yang pernah dimilikinya sebelum ini ketika beraksi dalam perlawanan MU-Man City. Walaupun PJS merupakan pemain berstatus pemain perlawanan besar, itu belum cukup untuk membolehkan PJS terus mencurahkan khidmatnya kepada MU. Jadi, bagi memastikan karier pemain bola sepaknya terus berkembang, PJS memilih QPR sebagai kelab yang baru.
Jadi, apa yang dirisaukan adalah MU kehilangan seorang pemain berpengalaman. Walaupun MU telahpun mendapatkan Kagawa dan Powell, secara peribadinya aku merasakan PJS sukar untuk digantikan kerana mempunyai disiplin taktikal yang tinggi serta kecergasan melampau. Namun begitu, aku menjangkakan SAF akan melakukan perubahan taktikal dan formasi untuk menghadapi saingan musim hadapan.
Berdasarkan kemasukan pemain baru dan kesediabolehan pemain sedia ada, SAF akan menggunakan formasi 4-3-2-1 untuk perlawanan penting dan 4-4-2 untuk perlawanan biasa.
Formasi 4-3-2-1
De Gea
Rafael (Jones) - Ferdinand (Evans) - Vidic (Smalling) - Evra
Carrick (Anderson)
Cleverly (Scholes) - Kagawa (Giggs)
Valencia (Powell) --------------------------------------- Young (Nani)
Rooney (Chicharito / Welbeck / Berbatov)
Menerusi formasi ini, Rooney dibantu oleh Kagawa untuk melancarkan serangan. Valencia dan Young menjadi penghantar bola dari sebelah tepi dan mengucar-kacirkan pertahanan lawan dengan larian deras. Cleverly berperanan menggerakkan bahagian tengah MU dengan hantaran pantas sementara Carrick beraksi selaku defensive midfielder.
Formasi 4-4-2
De Gea
Rafael (Jones) - Ferdinand (Evans) - Vidic (Smalling) - Evra
Valencia (Powell) - Kagawa (Cleverly / Scholes / Giggs) - Carrick (Anderson) - Young (Nani)
Rooney (Chicharito) - Welbeck / Berbatov)
Menerusi formasi ini, Rooney berpasangan dengan Welbeck. Bahagian sayap masih mengekalkan Valencia dan Young. Bahagian tengah menyaksikan Kagawa bergandingan dengan Carrick. Carrick akan membuka permainan MU dari tengah dan Kagawa akan naik memberikan sokongan.
Apa yang boleh dilihat daripada formasi di atas, MU tidak mempunyai pilihan untuk posisi leftback. Adalah menjadi satu berita gembira jika MU berjaya mendapatkan Baines dari Everton. Sekurang-kurangnya, MU bukan sahaja mempunyai back-up yang bagus, tetapi Baines boleh mencabar Evra untuk posisi leftback memandangkan prestasi Evra dalam dua tahun kebelakangan ini agak tenggelam. Selain itu, MU perlu juga mendapatkan seorang lagi pemain tengah. Mungkin Moutinho atau Dembele boleh berpasangan dengan Carrick menerusi formasi 4-2-3-1.
Apapun, sama-sama kita tunggu untuk sebulan sahaja lagi sebelum kempen BPL bermula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan