Keputusan perlawanan:
Manchester United 2
Chicharito 38'
Dimitar Berbatov 53'
Stoke City 0
Ulasan perlawanan:
MU memerlukan dua gol penalti untuk menumpaskan Stoke City (SC) di halaman sendiri awal pagi tadi bagi memperoleh tiga mata penuh. Kemenangan tersebut diraikan dengan meriahnya memandangkan MU bukan sahaja mengalami masalah kecederaan yang teruk di kalangan pemain utama, malah terpaksa bangkit selepas tewas di tangan seteru hebat iaitu Liverpool dalam perlawanan pusingan ke4 Piala FA.
SAF terpaksa membuat keputusan berani apabila memberikan penampilan sulung dalam BPL kepada penjaga gol muda, Amos selepas MU tidak dapat menurunkan sama ada Lindegaard dan DDG. Mereka berdua disisihkan akibat kecederaan yang dialami. Selain itu, MU juga terpaksa melupakan khidmat Rooney dan Nani yang turut mengalami kecederaan.
Walaubagaimanapun, MU menerima semula kehadiran Ferdinand yang telah memberikan persembahan yang baik sepanjang perlawanan. Ferdinand dan Evans berjaya mengikat pergerakan penyerang tinggi lampai SC, Crouch dan sekaligus membuktikan bahawa gandingan mereka berdua merupakan yang terbaik buat MU ketika ini terutamanya selepas ketiadaan Vidic.
Pujian harus diberikan kepada Amos yang menunjukkan keyakinan dalam penampilan BPL sulungnya. Walaupun masih lagi muda dan merupakan penjaga gol ketiga MU, Amos berjaya membalas kepercayaan yang diberikan oleh SAF untuk membolehkan MU memperoleh 'clean sheet'. Smalling beraksi dengan kemas walaupun ada ketikanya agak kelam kabut manakala Evra kembali memaparkan persembahan yang meyakinkan.
Scholes ternyata masih lagi mampu untuk berperanan dalam menggerakkan permainan MU. Scholes bijak melakukan hantaran-hantaran yang tepat dan dibantu dengan baik sekali oleh Carrick. Valencia pula seperti biasa, menunjukkan prestasi bagus yang konsisten. Namun, dalam perlawanan awal pagi tadi, hantaran silang Valencia boleh dikatakan tidak begitu menjadi. Kerajinan PJS benar-benar memberikan kelebihan buat MU untuk merobek benteng pertahanan SC dan hasilnya MU dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Chicharito selepas PJS dijatuhkan dalam kotak penalti.
MU boleh dikatakan memiliki sebahagian besar penguasaan besar, namun gagal diterjemahkan kepada serangan yang begitu mengancam pintu gol SC. Kekentalan benteng pertahanan SC agak sukat digugat oleh gandingan Berbatov dan Chicharito. Mujur bantuan dan sokongan yang bagus daripada bahagian tengah membolehkan Berbatov dan Chicharito bergerak dan mendapatkan bola. Sepertimana PJS, Valencia juga dijatuhkan dalam kotak penalti dan Berbatov dengan tenang mengambil sepakan penalti yang dihadiahkan untuk menjaringkan gol kedua MU.
Kemenangan awal pagi tadi bertambah manis buat MU apabila mengetahui pendahulu BPL, Man City telah tewas kepada Everton. Hendak dijadikan cerita, gol kemenangan Everton dijaringkan oleh bekas pemain MU, Gibson yang telah dijual oleh MU semasa tingkap perpindahan Januari ini. Jadi, ketika ini, MU berkongsi mata dengan Man City tetapi masih berada di tangga kedua kerana perbezaan gol. Selain itu, kemenangan ini dilihat sebagai pengubat duka kepada kekalahan kepada Liverpool dan menjadi tonik bagi persediaan menjelang perlawanan hujung minggu ini menentang Chelsea.
Pemain terbaik perlawanan:
Paul Scholes
Gambat perlawanan:
Percubaan Carrick yang sedikit tersasar
PJS yang dijatuhkan untuk sepakan penalti pertama MU
Chicharito menjaringkan gol pertama MU menerusi sepakan penalti
Insiden Valencia dijatuhkan yang membolehkan MU dihadiahkan sepakan penalti kedua
Berbatov menjaringkan gol kedua MU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan