Selasa, 7 Februari 2012

Review: MU vs Chelsea


Keputusan perlawanan:

Manchester United 3
Wayne Rooney 58' (pen), 69' (pen)
Chicharito 84'

Chelsea 3
Jonny Evans 36'
Juan Mata 46'
Rio Ferdinand 50'


Ulasan perlawanan:

Chelsea melepaskan peluang berharga untuk menewaskan MU apabila kelebihan 3-0 yang dimiliki berjaya disamakan kedudukan oleh MU dalam masa 30 minit sebelum wisel penamat ditiupkan. MU juga perlu menyalahkan diri sendiri kerana melepaskan tiga gol yang dilihat agak mudah selain gagal mencari gol kemenangan walaupun menguasai permainan pada babak 10 - 15 minit terakhir perlawanan.

Sebelum berlangsungnya sepak mula, MU jelas sedikit tertekan kerana bukan sahaja Man City berjaya mencatatkan kemenangan dan menjarakkan diri dengan kelebihan tiga mata, MU juga mempunyai rekod yang tidak begitu baik setiap kali beraksi di Stamford Bridge. SAF juga mengakui bahawa bukan sahaja persembahan buruk daripada pemain MU sendiri malah keputusan pengadil turut mempengaruhi keputusan perlawanan MU ketika menentang Chelsea.

SAF menaruuhkan kepercayaan kepada DDG untuk menjaga gawang MU selepas terpaksa mengetepikan Lindegaard yang mengalami kecederaan. Secara keseluruhannya, DDG masih gugup beraksi dalam perlawanan bertekanan tinggi walaupun mampu untuk menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya Chelsea terutamanya sepakan percuma daripada Mata.

DDG juga tidak dibantu oleh barisan pertahanan MU yang kelihatan rapuh dan sedikit kelam kabut. Evra amat mengecewakan apabila tiga gol Chelsea berpunca daripada hantaran ldari sebelah kiri yang sepatutnya boleh dihalang oleh Evra. Tetapi Ferdinand nampak tenang dan memberikan persembahan yang baik dengan bijak mengawal pergerakan Torres. 

Carrick dan Giggs berjaya mengimbangi bahagian tengah Chelsea yang diperkuatkan dengan kehadiran semula Essien. Valencia tidak dapat memberikan sumbangan yang berkesan sepertimana sebelum ini kerana dikawal dengan ketat. Young juga tidak begitu membanggakan apabila larian atau pergerakkannya gagal meloloskan diri daripada kekangan Ivanovic. 

SAF yang mengambil keputusan untuk mengeluarkan Young dan Rafael dengan memasukkan Scholes dan Chicharito memberikan hasil yang positif. Walaupun ketinggalan 0-3, MU berjaya bangkit dan memperoleh dua gol menerusi sepakan penalti Rooney. Gol penyamaan MU diperoleh melalui tandukan Chicharito yang menerima hantaran Giggs.

MU perlu memperkemaskan lagi permainan terutamanya bagi aksi hujung minggu ini apabila melayan kunjungan Liverpool. Segala kelemahan terutamanya di bahagian pertahanan harus diperbaiki jika ingin meneruskan rentak cemerlang yang telah ditunjukkan di Stamford Brigde.


Pemain terbaik perlawanan:

Wayne Rooney


Gambar perlawanan:







Tiada ulasan:

Catat Ulasan