MU telah membawa skuad 20 pemain untuk berkunjung ke Amsterdam Arena bagi bertemu Ajax Amsterdam (Ajax) dalam perlawanan UEFA Europa League (EEL) 'round of 32'. Sepertimana yang telah dinyatakan dalam berita, SAF menggugurkan Giggs dan Berbatov akibat mengalami sedikit kecederaan manakala Evra direhatkan selepas beraksi ketika MU bertemu Liverpool baru-baru ini.
SAF telah mengesahkan bahawa MU akan menurunkan kesebelasan terkuat bagi menebuskan kekecewaan gagal bersaing dalam UCL musim ini selepas tersingkir. Selain itu, MU juga tidak mempunyai sebarang perlawanan hujung minggu ini memandangkan MU telah disingkir dari saingan Piala FA. Jadi, seharusnya MU boleh beraksi dengan kesebelasan terbaik bagi bertemu Ajax dalam dua perlawanan berturut-turut.
MU menarik nafas lega apabila kembali menerima kehadiran Smalling, Jones, Nani dan Cleverly yang sebelum ini masing-masing mengalami kecederaan dan berehat panjang. Namun, aku menjangkakan SAF tidak akan menurunkan mereka berempat dalam kesebelasan utama dan meletakkan mereka di bangku simpanan.
Oleh kerana Lindegaard masih belum boleh beraksi, DDG pasti diberikan tugas menjaga gawang gol MU. Evans dan Ferdinand akan meneruskan persembahan mereka di pertahanan tengah. Pasangan kemba Da Silva iaitu Rafael dan Fabio akan mengisi slot di posisi rightback dan leftback. Mungkin Ferdinand akan menggalas tugas selaku kapten pasukan bagi perlawanan awal pagi esok.
Carrick akan bergandingan dengan Scholes di bahagian tengah MU kerana setakat ini, mereka berdua nampak begitu serasi selain mampu membolehkan MU menguasai bahagian tengah padang. Kedudukan Valencia di sayap kanan langsung tidak tergugat manakala PJS akan menjadi pilihan SAF untuk sayap kiri. Walaubagaimanapun, SAF juga mungkin akan meletakkan Young di sayap kiri selepas tidak beraksi baru-baru ini.
SAF pastinya akan mengekalkan pasangan Rooney dan Welbeck untuk mengetuai serangan MU. Pada musim ini, menyaksikan Rooney tampak lebih berbisa apabila bergandingan dengan Welbeck. Ini terbukti dengan Rooney telah menjaringkan lebih dari 15 gol. Tetapi, Chicharito juga boleh diturunkan sekiranya SAF ingin MU beraksi secara through ball dengan mengeksploitasikan larian pantas Chicharito.
MU tidak seharusnya memandang mudah cabaran yang bakal diberikan oleh Ajax walaupun ketika ini prestasi Ajax dalam liga Belanda agak hambar. Tambahan pula, Ajax turut mengalami masalah kecederaan di kalangan pemain utama. Namun, Ajax masih lagi boleh menurunkan pemain berbahayanya iaitu Christian Eriksen yang merupakan Pemain Terbaik Denmark pada tahun lepas.
Aku menjangkakan MU mampu untuk menewaskan Ajax di halaman lawan dengan keputusan selesa 3-1. Rooney dan Welbeck akan menyumbangkan gol buat MU dan seterusnya membolehkan MU membawa pulang tiga away gol ke OT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan