Khamis, 9 Februari 2012

England dan Capello telah berpisah


Fabio Capello secara rasminya telah melepaskan jawatannya selaku pengurus England selepas mengadakan perjumpaan tergempar dengan pihak pengurusan FA. Capello dikatakan tidak dapat menghadapi tekanan bertubi-tubi yang diberikan bukan sahaja daripada para peminat fanatik England, malah daripada media massa serta pihak FA sendiri. 

Kini, timbul cadangan agar FA England mencari pengganti Capello dengan secepat mungkin dan antara salah satu syaratnya, calon tersebut mestilah warganegara England. Antara nama yang disebut-sebut sebagai calon adalah pengurus Tottenham Hotspur iaitu Harry Redknapp. Namun, Redknapp juga mempunyai kontroversi apabila terlibat dengan kes mahkamah berkaitan dengan pemilikan wang yang tidak sah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan