perrgghh!! macam2 aihh lani. pening kepala oo kalau duk pikiaq betoi2. bukan apa, lani carca marba sakan sangat aiihh. kalau ikut hati, memang panas jugak la.
terbaru ni kluaq berita kata bob lokman kena tahan dengan JAIS. sapa bob lokman ni? bob lokman ni dulu2 tulis lirik la, pelakon la, segala macam aiihh terlibat dalam dunia hiburan, tapi alhamdulillah la, bob lokman lani dah berubah. memang tabik spring kat dia sebab berjaya berubah 360 darjah. aku pun tak mampu nak wat cam dia.
bob lokman ni kena tahan dengan JAIS sebab bagi tazkirah kat sebuah surau kat selangoq. bukan apa, katanya bob lokman ni tadak tauliah dan secara tak langsung kira lawan la dengan titah sultan selangoq. apa punya tuurr la. baguih jugak la bila bob lokman tibai kata kat geng pegawai JAIS dengan kata dulu masa dia jahat, orang langsung tak tangkap dia. tapi bila lani dia jadi baik dan nak nasihat orang wat baik, boleh lak dia kena tangkap. apa punya mangkuk la.
selalu sangat aihh orang yang ada pengetahuan pasai islam ni duk kena tahan. bukan takat bob lokman, yang ada PhD pun kena tangkap jugak. YB pun takleh lari oo. bab nak kembangkan ajaran islam, abih pakat kena tangkap. bila kata puak2 ni munafik dan cuba halang gheja yang digalakkan oleh islam, marah lak. tapi dah sungguh.
orang2 yang tayang video lucah, kena tangkap basah, punya la kena sanjung. jadi hero la. dahtu rilex ja bagi pi angkat sumpah. gila ka hapa oi!! hat kena tangkap basah tu pun, siap dapat sponsor lagi, juta2 lak tu. apa semua ni? golongan tak sepatutnya dapat layanan pujian yang melambung tinggi, tapi golongan2 hat berlandaskan islam, pakat2 kena tindas abih. ishh sereyau aiihh kalau allah swt wat turun azab. semua pakat kena abih.
apapun, kita kena pandai2 la pikiaq. jangan duk terima ja apa yang orang suh atau cakap. jangan pecaya direct ja. kena siasat dan cuba dapatkan cerita dari pelbagai sudut.
p/s: saja sembang isu len dari bola sebab hati tengah panas bila jadi camni.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan