Liverpool 1
steven gerrard 68'
Manchester United 1
javier hernandez 81'
Ulasan perlawanan:
tatkala hampir semua peminat bola sepak memberikan tumpuan dan perhatian bagi menyaksikan perlawanan epik antara MU dan liverpool yang selalunya menyajikan mutu permainan yang baik daripada pemain2 hebat, SAF seolah2 melakukan anti klimaks dengan membariskan kesebelasan utama yang dilihat kurang menyengat. ini adalah kerana nama2 besar seperti wayne rooney, nani dan chicharito hanya memanaskan bangku simpanan MU serta ketiadaan vidic dalam skuad kunjungan MU ke anfield walaupun kapten MU tersebut telah beraksi buat negaranya dalam aksi antarabangsa baru2 ini.
liverpool bolehlah dikatakan menurunkan kesebelasan terkuatnya terutamanya apabila kembalinya kapten mereka iaitu steven gerrard. selain itu, beraksi di halaman sendiri dan hanya berhadapan kesebelasan utama MU yang bukannya terbaik daripada MU, pasti memberikan liverpool keyakinan untuk menumbangkan MU. tambahan pula, rekod MU di anfield juga tidak begitu cemerlang apabila tumpas tiga kali berturut2 dalam tiga kunjungan terakhir ke anfield.
walaubagaimanapun, dalam separuh masa pertama, MU yang menggunakan pendekatan yang lebih defensif berjaya mengekang pergerakan liverpool. taktikal meletakkan luis suarez sebagai lone striker sedikit sebanyak memudahkan tugas barisan pertahanan MU yang dikepalai oleh rio ferdinand. bagi aku, ferdinand beraksi dengan baik sepanjang perlawanan walaupun menerima layangan kad kuning dan memberikan sepakan percuma kepada liverpool yang seterusnya menyebabkan pintu gol MU bolos. ferdinand tenang mengawal pergerakan suarez dan bergandingan dengan berkesan di samping jonny evans. namun begitu, kurangnya cengkaman MU di bahagian tengah membolehkan liverpool sekali sekala melancarkan serangan.
pemain sayap liverpool, stewart downing cuba menghangatkan suasana perlawanan apabila cuba menjatuhkan diri apabila kononnya menerima bentesan daripada patrice evra. keinginan untuk menyebabkan pemain MU menerima layangan kad diteruskan oleh suarez dan charlie adam. mujur pengadil perlawanan tidak begitu terpengaruh dengan aksi yang ditunjukkan dan bijak untuk meneruskan perlawanan bagi tidak mengganggu rentak perlawanan. separuh masa tamat dengan kedua2 pasukan gagal memecahkan buntuan untuk menjaringkan gol. tetapi yang pasti, MU berpuas hati dengan keputusan tersebut sebelum berehat memandangkan barisan pemain yang diturunkan dan taktikal yang diterapkan.
separuh masa kedua menyaksikan kedua2 pasukan meningkatkan kelajuan corak permainan masing sekaligus menjadikan perlawanan semakin menarik. jika dalam separuh masa pertama, MU cuba bermain dengan selamat dan agak ketat bagi menghadkan pergerakan pemain2 liverpool, MU tampak bernafsu untuk memburu gol dalam separuh masa kedua manakala liverpool dilihat agak tertekan kerana banyak serangan yang dilancarkan gagal memperoleh sebarang gol. MU seharusnya berterima kasih kepada david de gea kerana kecekapannya menidakkan percubaan2 liverpool.
namun, dalam serangan pantas liverpool, larian cantik adam gagal disekat oleh bahagian tengah dan seterusnya hanya berhadapan dengan ferdinand. akibatnya, ferdinand membuat kesilapan ketika membentes adam seterusnya membolehkan adam mengeksploitasikan keadaan tersebut untuk mendapatkan sepakan percuma. gerrard yang mengambil sepakan tersebut tidak mensia2kan peluang tersebut seterusnya menjaringkan gol buat liverpool. tetapi gol tersebut boleh dikatakan berpunca daripada kesilapan pemain otai MU, ryan giggs yang tidak semena2nya mengelakkan dirinya daripada mengenai bola sepakan gerrard. giggs sepatutnya mengekalkan kedudukannya bersama pemain MU lain yang ditugaskan untuk menjadi dinding.
Gerrard meraikan gol Liverpool yang dijaringkan menerusi sepakan percuma
pada ketika liverpool menjaringkan gol, SAF telahpun menyediakan rooney, chicharito dan nani untuk dimasukkan. ketiga2 mereka berjaya mengubah corak permainan MU daripada defensif kepada lebih menyerang. liverpool pula dilihat cuba memperlahankan rentak permainan dan mempertahankan satu gol yang diperoleh. nani yang menggantikan ashley young mengembalikan sengat MU di bahagian sayap dengan membuat hantaran2 silang ke dalam kotak penalti liverpool. rooney juga tampak tidak tertekan dan terpengaruh dengan ejekan dan sorakan peminat2 liverpool yang cuba mengacau tumpuan rooney dalam perlawanan. MU memperoleh gol penyamaan menerusi tandukan chicharito yang menyambut baik sepakan sudut yang diambil oleh nani. gol tersebut diraikan dengan meriahnya oleh pada pemain MU kerana usaha gigih mereka untuk memecahkan kekebalan benteng liverpool telah membuahkan hasil.
Chicharito menanduk masuk gol penyamaan MU
secara keseluruhannya, MU bermain baik di anfield walaupun bermula dengan corak permainan yang lebih defensif. ketiadaan anderson menyebabkan MU kekurangan kreativiti di bahagian tengah memandangkan gandingan darren fletcher dan phil jones lebih kepada untuk mengimbangi dan mengekang pergerakan pemain liverpool sekaligus mengurangkan daya serangan MU. giggs yang sepatutnya menjadi sokongan utama kepada danny welbeck dalam menggerakkan serngan MU juga tidak begitu berkesan. secara defensifnya, MU beraksi dengan baik berbanding ofensif dalam separuh masa pertama. kemasukan rooney, chicharito dan nani menambahkan ketajaman serangan MU selepas tidak banyak melakukan serangan ke arah pintu gol liverpool. yang pasti, MU berpuas hati dengan satu mata yang dicuri dari anfield dan memperbaiki rekod kekalahan sebelum ini di tangan liverpool.
Pemain terbaik perlawanan: David de Gea
Tiada ulasan:
Catat Ulasan