MU akan bertemu liverpool dalam perlawanan yang akan berlangsung pada waktu tengah hari di england dan merupakan perlawanan pertama yang berlangsung untuk hujung minggu ini selepas BPL berehat hampir dua minggu kerana memberikan laluan kepada aksi peringkat antarabangsa.
sudah ramai mengetahui bahawa setiap apabila MU berlawan dengan liverpool, sudah pasti liputan perlawanan akan menjadi luas tatkala para peminat kedua2 pasukan bersemangat untuk memberikan sokongan kepada pasukan masing2. sebelum berlangsung perlawanan pada hari esok, kedua2 pasukan telah gempar dengan berita hangat apabila pengarah urusan liverpool dikatakan telah mencadangkan agar liverpool menjalankan urusan bayaran dan kontrak dengan siaran TV secara individu manakala penyerang MU, wayne rooney yang dilayangkan kad merah ketika england bertemu montenegro telah menerima hukuman pergantungan tiga perlawanan sekaligus menyebabkan rooney terlepas beraksi dalam peringkat kumpulan kejohanan euro 2012 nanti.
MU bakal menjejakkan kaki ke Anfield dengan berada di tempat pertama, enam mata mengatasi liverpool yang kini berada di tempat kelima dalam carta BPL musim ini. walaubagaimanapun, sejak akhir2 ini, prestasi MU kelihatan agak merudum berbanding di awal musim apabila hanya mampu seri dengan stoke city dan mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas pendatang baru BPL musim ini iaitu norwich city. walaupun pemain2 muda seperti chris smalling, phil jones dan jonny evans berjaya bermain dengan baik namun bahagian pertahanan MU tampak rapuh setelah gandingan utama rio ferdinand dan nemanja vidic masing2 mengalami kecederaan. berdasarkan statistik semasa, MU telah membenarkan pasukan lawan membuat 97 percubaan ke arah pintu gol MU yang merupakan jumlah tertinggi dalam BPL setakat ini walaupun MU hanya bolos lima gol sahaja hasil daripada kawalan kemas penjaga gol muda MU, david de gea.
kali terakhir MU mengelakkan daripada mengalami kekalahan di Anfield adalah pada tahun 2007 apabila berjaya mengatasi liverpool 1-0 menerusi jaringan carlos tevez. MU menerima berita gembira apabila kaptennya, vidic telah pulih dari kecederaan dan akan dapat diturunkan dalam kesebelasan utama bagi menguatkan lagi barisan pertahanan. kehadiran semula vidic membolehkan MU untuk menghadapi serangan gandingan penyerang liverpool iaitu luis suarez dan andy carroll. tetapi vidic mestilah berhati2 sepanjang perlawanan berlangsung kerana vidic pernah dilayangkan kad merah dalam tiga perlawanan berturut2 menentang liverpool. bagi aku, jones dilihat calon terbaik untuk menjadi pasangan vidic memandangkan ferdinand dilihat agak perlahan mengikat pergerakan pemain lawan dan kerap melakukan kesilapan kebelakangan ini. posisi leftback pastinya milik evra manakala pulihnya smalling dari kecederaan membolehkan dirinya dipilih oleh SAF untuk mengisi posisi rightback.
rasanya fletcher akan diberikan kepercayaan oleh SAF untuk bergandingan dengan anderson bagi mengemudikan bahagian tengah MU. ini adalah kerana fletcher berkemahiran dalam mengekang pemain liverpool serta memberikan perlindungan secukupnya kepada barisan pertahanan. ini membolehkan anderson dapat memberikan sokongan kepada bahagian penyerang dan menjana serangan dari kawasan tengah padang. young yang menjadi penjaring terbanyak buat england dalam pusingan kelayakan euro 2012 pastinya ingin menunjukkan prestasi cemerlangnya manakala nani pula ingin menebuskan kekecewaannya apabila skuad negaranya, portugal tewas 1-2 kepada denmark dengan menjadikan liverpool sebagai mangsa untuk melepaskan geram. selain itu, nani semestinya ingin membalas dendam ke atas liverpool kerana pada musim lepas, nani mengalami kecederaan teruk gara2 dibentes oleh pemain liverpool.

dengan meletakkan rooney dan chicharito untuk mengetuai serangan, MU akan menurunkan kesebelasan terbaiknya ketika berkunjung ke Anfield dengan SAF menerapkan formasi 4-4-2 yang dibarisi oleh
de gea
smalling - jones - vidic - evra
nani - anderson - fletcher - nani
rooney - chicharito
satu perlawanan yang hangat dan cukup berat buat MU apabila buat kali pertama bertemu pesaing utama di tempat lawan memandangkan sebelum ini MU bermain di halaman sendiri ketika menentang spurs, arsenal dan chelsea. namun, aku menjangkakan MU akan berjaya mengatasi liverpool dengan keputusan 3-1 menerusi jaringan rooney, young dan chicharito.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan