tiga pat ari baru ni kira tak bapa nak best untuk family dan sahabat2. aku tak dapat nak tengok game MU-man city gara2 kalut duk pi cari orang dan pi balai polis sebab umah aku kena pecah masuk. tinggai umah tu semalam ja. tu pun ada orang pecah masuk sedangkan sebelum ni, banyak malam aiiihh tinggai umah, tambah2 masa lepas aku operate.
masa wat report polis tu, estimate kos kerugian hampir RM6k. raya sakan la kot pencuri2 tu. pi tengok kat orang, katanya geng indon yang pecah masuk umah aku ni. lani duk ikhtiaq nak bagi dapat balik la barang2 aku tu especially laptop dan external hard disk bini aku. nak kata laptop tu mahai, tadak la, tapi barang2 dalam tu cam gambaq2 kawin, anak aku masa kecik, etc, tu yg mahai skit tu. kira sentimental value la.
mai ari isnin, handset adik ipaq aku lak ilang. handset jatuh tengah dia kalut gheja, dahtu pakai ilang teruih. pi jugak menengok kat orang. kata budak amik, tapi duk 50-50 nak antaq balik atau nak guna sendiri. ikhtiaq jugak la untuk bagi dapat balik handset tu tapi takat la tadak apa lagi la.
abih tu mai lak belah family adik aku. pak mentua dia meninggal dunia. lama dah sakit sebab kanser. tak dapat la plak aku satu family nak pi mengunjung sebab bini aku pun dah sarat dah ni. satgi kacau lak kena bersalin kat klantan. mujoq dan jugak jumpa family ipaq aku ni masa pi makan kenduri aritu.
dahtu dapat lak berita kata member baik bini aku gugoq lak. kawan dah la lama kawin dan memang duk harap nak dapat anak, alih2 jadi camni. mungkin tadak rezeki lagi kot. aritu masa pi KL, aku satu family pi tidoq kat umah depa dan depa skitnya syok ka duk men dengan anak laki aku. tapi takpala, insya-allah ke depan2, lekat la nanti.
banyak sangat ujian Allah swt. moga2 aku, anak isteri aku, family2 kami dan sahabat2 dapat tabahkan diri untuk hadapi semua ni. harap Allah swt kurniakan kami semua kesabaran dan mendekatkan kami kepada diri-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan