menurut SAF, perlawanan menentang man city (MC) hujung minggu ini merupakan perlawanan yang terhangat dalam sejarah kedua2 pasukan. ini adalah kerana sebelum ini, MU boleh dikatakan dapat mengalahkan MC tetapi kini MC telah mengalami perubahan yang membolehkan pasukan biru separuh bandar manchester mampu untuk memberikan cabaran yang hebat kepada MU.
kedua2 pasukan manchester ini berjaya memperoleh kemenangan sulung dalam saingan peringkat kumpulan UCL. jadi, MU dan MC pastinya ingin mengekalkan momentum kemenangan dengan mengalahkan antara satu sama lain. MC sudah tentu ingin mengalahkan MU bagi menjarakkan kedudukan untuk terus kekal sebagai peneraju carta BPL manakala kekalahan MC akan membolehkan MU untuk memintas mereka bagi mengambil kedudukan di tempat pertama.
MU tampak memiliki kelebihan kerana beraksi di OT kerana halaman sendiri MU telah terbukti menjadi kubu kuat MU sejak dari musim lepas. sokongan padu daripada peminat2 MU di OT seharusnya memberikan semangat dan aura yang mampu untuk meningkatkan keyakinan para pemain MU seterusnya menunjukkan aksi yang cemerlang bagi menumbangkan MC. MC pula yang sekarang ini ditunjangi oleh jutawan arab sudah mampu untuk mencabar kejuaraan liga hasil daripada perbelanjaan besar dengan pembelian pemain2 hebat. selain itu, pengurus MC, roberto mancini dilihat sudah berjaya mencari adunan terbaik untuk menjadikan MC sebuah pasukan yang mantap.
jika mengambil kira prestasi MU semasa bertandang ke liverpool, sudah pasti kebanyakan peminat bola sepak terutamanya penyokong MU sukar untuk mengagakkan kesebelasan utama MU yang bakal diturunkan oleh SAF. ini adalah kerana sukar untuk menentukan pendekatan yang mana satu bakal diterapkan oleh SAF sama ingin mencari kemenangan dengan corak permainan yang lebih 'adventurous' ataupun pendekatan selamat yakni memastikan MC tidak membolosi gawang MU. tambahan pula, 'availability' pemain juga membolehkan SAF memiliki pilihan pemain yang banyak dan memvariasikan taktikal dan strategi MU bagi perlawanan hujung minggu ini.
mungkin berdasarkan keinginan tinggi untuk menutup suara jiran yang bising, aku menjangkakan SAF akan mengerahkan para pemainnya untuk melancarkan serangan sebaik sahaja permainan bermula. jadi young dan nani merupakan pilihan terbaik untuk bahagian sayap MU dengan harapan pergerakan MU bermula dari sebelah tepi. bagi mengimbangi bahagian tengah MC, rasanya anderson akan digandingkan dengan fletcher. ini adalah kerana fletcher tampak sesuai dalam mengekang dan menghadkan pergerakan bahagian tengah MC berbanding cleverly yang agak kurang efektif bagi tugas2 bertahan. walaubagaimanapun, carrick juga mungkin diberikan kepercayaan oleh SAF untuk berpasangan dengan anderson. bahagian serangan pula, rooney yang merupakan pemula automatik akan beraksi di samping welbeck. ini adalah kerana, welbeck dilihat lebih banyak bergerak, sesuai untuk mengucar-kacirkan pertahanan MC berbanding chicharito yang lebih gemar menunggu hantaran dan berada di atas sahaja.
bahagian pertahanan MU pula bakal menyaksikan kehadiran semula ferdinand untuk berpasangan dengan vidic. ferdinand yang tidak beraksi dalam perlawanan UCL pertengahan minggu ini sudah pasti segar sementara vidic tidak sabar untuk bermain semula dalam BPL selepas berehat panjang gara2 kecederaan yang dialami. jones berkemungkinan besar mengisi slot di posisi rightback manakala evra mengekalkan statusnya sebagai pemain utama bagi posisi leftback. sepertimana ferdinand, DDG juga akan kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama. berikut merupakan kesebelasan utama MU:
DDG
jones - ferdinand - vidic - evra
nani - fletcher - anderson - nani
rooney - welbeck
perlawanan hujung minggu ini akan menjanjikan saingan yang hebat daripada kedua2 pasukan. MC juga rasanya akan menurunkan skuad terkuatnya bagi membuktikan bahawa mereka mampu untuk mencabar MU bagi merebut kejuaraan BPL musim ini. namun, aku berpendapat kedua2 pasukan akan bermain secara terbuka dan membolehkan perlawanan mendapat jumlah gol yang banyak. aku yakin MU dapat mengetepikan cabaran yang dilontarkan MC di OT dengan MU mencatatkan kemenangan 4-2 dan gol2 akan disumbangkan oleh rooney, welbeck dan vidic.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan