Selasa, 18 Oktober 2011

Preview: MU vs Otelul Galati


MU berada di bawah tekanan untuk mencari kemenangan pertama dalam saingan UCL musim ini. selepas hanya mampu seri dalam dua perlawanan terdahulu dalam kumpulan C. MU berkunjung ke romania tanpa disertai pemain pertahanan senior iaitu rio ferdinand yang direhatkan bagi memastikan kecergasannya berada di tahap terbaik sebelum perlawanan BPL hujung minggu ini menentang man city.

SAF pastinya akan menurunkan kesebelasan terbaiknya bagi memastikan MU memperoleh tiga mata penuh apabila bertemu dengan juara romania awal pagi esok. MU perlu menggunakan peluang bertemu dengan kelab yang pertama kali beraksi dalam UCL untuk mencatatkan kemenangan seterusnya menghidupkan peluang bagi melayakkan diri ke pusingan kalah mati nanti.


rooney, chicharito dan nani bolehlah dianggap antara nama terawal yang akan disenaraikan dalam kesebelasan utama MU untuk bertemu otelul galati (OG). ketiga2 mereka semestinya ingin kembali beraksi dari bermulanya sepak mula perlawanan selepas hanya bermain sebagai simpanan ketika MU menentang liverpool. SAF juga akan mengembalikan anderson dalam kesebelasan utama manakala carrick dan valencia akan diberikan peluang beraksi di posisi masing2. berdasarkan skuad yang dibawa terbang ke romanis, aku menjangkakan kesebelasan utama MU adalah seperti berikut:

lindegaard

fabio - smalling - vidic - evra

valencia - carrick - anderson - nani

rooney - chicharito

sepertimana ferdinand, young akan turut direhatkan. kebelakangan ini, prestasi young dilihat agak sedikit merosot berbanding pada awal musim. pada aku, young seharusnya bermain seperti nani yang kini sudah bermain secara mudah dengan mengurangkan keinginan untuk menggelecek pertahanan lawan dan lebih banyak melakukan hantaran silang. kekerapan young berusaha untuk melepasi halangan pertahanan lawan kadang-kala menyebabkan MU kehilangan kawalan bola.

perlawanan 'back-to-back' dengan OG ini perlu dipergunakan oleh MU dengan sebaik mungkin. MU semestinya memastikan enam mata maksimum diperoleh menerusi kemenangan ke atas OG jika tidak mahu melihat benfica dan FC basel mewakili kumpulan C melangkah ke peringkat kalah mati nanti. dengan barisan sedia ada, aku yakin MU mampu untuk menumpaskan OG dengan sekurang2nya 3-0 walaupun OG akan menggunakan pendekatan yang lebih cenderung kepada bertahan bagi mendapatkan mata pertama mereka dalam UCL.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan