Rabu, 5 Oktober 2011

Post pertama untuk bulan Oktober

sudah 2 minggu aku tak post dalam blog. maklumla, aku masih duk MC lagi lepas perut aku kena bedah 22hb september aritu. bila duk umah ni, paham2 ja la, bukan senang nak ngadap laptop lama2, satgi anak mai kacau la, nak tengok tv la, layan DVD la. kalu duk kat opis lain la, takdak benda len dah bleh wat, tu yang bleh post banyak dalam blog.

so straight to the point la. meh kita sembang2 pasai MU. lama sungguh aku tak update cerita pasai MU ni no. berdasarkan tiga game terbaru MU iaitu lawan dengan stoke city (SC), FC basel (FCB) dan norwich city (NC). aku setuju benar la kenyataan SAF yang kata MU lani takleh nak main cam awai2 season aritu sebab kerap duk tukaq back four. musim2 lepas pun terutamanya masa menang title BPL tiga musim berturut2 dulu, MU memang cukup mantap kat bahagian defend. kira masa tu ferdinand dengan vidic la jadi core kat central defender. mai musim ni, lepas game pertama BPL musim ni, kapten MU, vidic dah cedera. mola lepas tu, hat len pakat cedera. lani cuma jones ja yang main semua game BPL untuk MU. kira hebat jugak la untuk sorang pemain muda yang baru saja join MU. evra yang duk jadi kapten sementara pun tak bapa nak cekang sangat dah lani. mungkin sebab dah berumoq skit, so speed pun dah macam kurang la.

pada aku, jones ni bukannya tak baguih, tapi corak permainan dia dah menyebabkan back four MU expose kat pasukan lawan. kita boleh tengok la masa MU lawan FCB dan NC. bila jones ni kerap sangat naik ke atas dan tadak orang len cover tempat dia, MU dah mola kelam kabut bila opponent wat counter attack. bila jadi camni, tinggal la partner dia terkontang kanting kat bahagian tengah. lagi satu main problem kat bahagian defender MU adalah kat posisi rightback. bila rafael dan smalling cedera serentak, MU terus ada masalah kat posisi tu. valencia yang dah dua ka tiga kali main jadi rightback bukannya takleh main, tapi dia tadak instinct cam defender, maklumla kawan kat winger, kepala otak tu set untuk serang ja. kalau valencia tu memang pure defender, sahih dia tak wat mistake cam lawan NC baru ni. mujoq la winger NC tu sepak tak masuk gol.

kesimpulan yang boleh dikatakan untuk bahagian defend MU ni adalah kehadiran pemain2 muda cam smalling dan jones yang suka bermain secara adventurous menyebabkan expose di bahagian defend. tak macam ferdinand dan vidic, jones dan smalling memerlukan masa dan latihan yang lebih serta disiplin yang tinggi untuk memastikan mereka tidak selalu berada out of position. takat lani, hanya evans ja kot yang betoi2 maintain kat posisi dan tempat sepatutnya tetapi evans jugak kerap wat silap yang mengundang padah ke atas pintu gol MU.

untuk bahagian tengah pula, MU macam boleh rotate walaupun ketiadaan cleverly. rasanya lani anderson boleh la dianggap regular 1st eleven dan mula tunjukkan kemampuannya. SAF kini hanya perlu pilih pasangan untuk anderson. fletcher boleh pakai kalau SAF nak better protection kepada bahagian defend manakala carrick lak untuk dapatkan kestabilan kat bahagian tengah. dua ni ja pun boleh jadi pair anderson. JSP lak nampak cam kelam kabut skit dengan role kat midfield berbanding winger. giggs hanya untuk perlawanan2 tertentu saja.

apapun, MU masih lagi dapat maintain rekod tanpa kalah untuk musim ni. seri 1-1 dengan SC bolehlah kata satu pencapaian yang baik tambah lak SC pun bukannya lekeh, duk main kemain power dalam europa league. yang penting MU, kena pastikan pemain2 yang cedera seperti vidic, smalling dan cleverly dapat cergas balik untuk wat preparation terbaik bagi lawan liverpool 15hb ni. 

p/s: duk nak bagi dapat feel balik posting dalam blog ni.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan