Khamis, 21 Julai 2016

Dia datang, dengan lenggang lenggoknya....


Proses pembelian Pogba dari Juventus sedang menghampiri penamatnya.

Pelbagai media antarabangsa sudahpun menyiarkan berita bahawa juara Itali, Juventus telah  menerima tawaran 100 juta pound daripada MU untuk perpindahan Pogba. Penerimaan Juventus terhadap tawaran tersebut berlaku selepas Pogba dikatakan memberikan persetujuan ke aras tawaran kontrak yang ditawarkan oleh MU.

Juventus akan menerima bayaran yang cukup lumayan terhadap pemain yang hanya diperoleh secara percuma beberapa tahun yang lepas. Memandangkan potensi dan bakat yang dimiliki Pogba menyebabkan harganya melambung tinggi selain Juventus memerlukan dana untuk mendapatkan pemain-pemain baru seperti Higuain yang turut diletakkan harga yang agak tinggi oleh Napoli, maka 100 juta pound dilihat jumlah sewajarnya yang perlu dibayar oleh MU.

Kembalinya Pogba ke MU pastinya akan menyebabkan beberapa pemain skuad utama tidak akan senang duduk menantikan nasib masing-masing untuk beraksi dalam kesebelasan utama MU. Jadi, kebijaksanaan JM amat diperlukan bagi memastikan skuad MU mempunyai keseimbangan di semua bahagian tanpa kelebihan pemain yang tidak diperlukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan