Rabu, 27 Julai 2016

Selamat dah Rooney musim hadapan


JM sudahpun mengesahkan bahawa Rooney akan terus menggalas tugas selaku kapten pasukan MU untuk musim hadapan.

Secara tidak langsung, peluang Rooney untuk tersenarai dalam kesebelasan utama MU sentiasa ada walaupun terdapat sebilangan peminat MU telah merasakan Rooney tidak mampu untuk memberikan sumbangan yang benar-benar berkesan buat MU setelah sekian lama berada di MU.

Namun, umum sudah mengetahui bahawa JM merupakan peminat tegar Rooney dan telah mencuba untuk mendapatkan Rooney untuk menyertai Chelsea pada tahun 2013. JM juga mengakui bahawa Rooney tidak akan beraksi di bahagian tengah dan akan digunakan sepenuhnya untuk bahagian serangan untuk musim yang baharu ini.

Nampaknya JM akan memastikan Rooney menjadi titik fokal serangan MU dengan beraksi di belakang Ibrahimovic. Keupayaan Rooney untuk membuka permainan dan membuat hantaran akan membolehkan dirinya memberikan persembahan mantap di samping Ibrahimovic.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan