Rabu, 20 Julai 2016

Nak kena lagi ka malam ni


Malam ini Kedah akan bertandang ke Terengganu untuk bertemu T-Team dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Piala Malaysia.

Selepas dibelasah 0-5 di tangan JDT dalam saingan Liga Super, Kedah ternyata agak lemah di bahagian pertahanan dan di posisi penjaga gol. Kedah sudahpun melepaskan 8 gol dalam dua perlawanan terdahulu sekaligus membuktikan TCH perlu membuat sesuatu untuk mengukuhkan bahagian pertahanan Kedah.

Selain itu, ketiadaan pemain tengah yang mampu untuk menguasai kawasan tengah padang menyebabkan pertahanan Kedah mudah untuk dibolosi oleh penyerang pasukan lawan. Agak menghairankan bagaimana TCH masih berani meletakkan Amar Rohidan dalam kesebelasan utama Kedah kerana prestasi Amar tidak begitu memberangsangkan sejak menyertai semula Kedah pada awal musim ini.

Mungkin Kedah boleh menerapkan formasi 5-3-2 atau 4-5-1 bagi memastikan pertahanan Kedah lebih mendapat perlindungan dan tidak hanya menumpukan kepada bahagian serangan setelah berjaya mendapatkan dua penyerang import secara pinjaman, 

Dengan Sarawak hanya mampu seri dengan JDT II, Kedah berpeluang untuk menjarakkan pengumpulan mata jika berjaya mencatatkan kemenangan ke atas T-Team. Setakat ini, hanya Kedah sahaja yang memperoleh kemenangan dalam perlawanan pertama kumpulan A setelah T-Team dan JDT II berkongsi satu mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan