Rabu, 7 Mei 2014

Semua pakat seri ja


Keputusan perlawanan separuh akhir 1 Piala FA




Kesemua perlawanan pusingan pertama separuh akhir bagi saingan Piala FA 2014 menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri.

JDT hanya mampu untuk mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Pahang dalam perlawanan yang berlangsung di Johor. JDT terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Figueroa pada minit ke-13 sebelum Pahang berjaya menyamakan kedudukan melalui gol jaringan Conti pada minit ke-37.

Kelantan terpaksa bangkit dari ketinggalan 0-3 kepada Felda United untuk memperoleh keputusan seri 3-3 di Kota Bharu. Felda United berjaya mendapatkan tiga gol dalam masa 36 minit pertama menerusi Wilson, Indraputra dan Khairul Ismail. Walaubagaimanapun, Kelantan meledakkan dua gol sebelum tamat separuh masa pertama. Wan Zaharul Nizam kemudiannya menyamakan kedudukan buat Kelantan dengan menjaringkan gol pada minit ke-51.

Perlawanan pusingan kedua separuh akhir akan berlangsung pada 30 dan 31 Mei nanti.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan