Isnin, 5 Mei 2014

Review: MU vs Sunderland (BPL)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 0

SUNDERLAND 1
Larsson 30'



Pemain terbaik perlawanan: 

WES BROWN


Kesebelasan utama MU:


Pertukaran pemain:

Januzaj >> Nani
v. Persie >> Mata
Welbeck >> Young


Ulasan perlawanan:

Nampaknya, penyingkiran Moyes dan perlantikan Giggs selaku pengurus sementara tidak memberikan episod berbeza buat nasib MU musim ini apabila tewas 0-1 di halaman sendiri kepada Sunderland.

Dengan ketiadaan Rooney akibat kesakitan perut dan RVP yang baru pulih daripada kecederaan menyebabkan MU terpaksa bergantung kepada Hernandez mengepalai serangan MU yang dibantu oleh Mata. Nani dan Young beraksi di bahagian sayap bagi menyokong Mata dalam menggerakkan serangan MU.

Walaubagaimanapun, MU gagal membuat serangan yang cukup berkesan dan mampu untuk mengucar-kacirkan benteng pertahanan Sunderland yang dikawal kemas menerusi dua bekas pemain MU iaitu O'Shea dan Brown.

MU cuba untuk membuat gerakan dari sebelah tepi tetapi Nani gagal memainkan peranannya apabila lebih banyak bergerak ke tengah manakala Young tidak banyak mendapatkan sokongan daripada Jones di sebelah kanan.

Sunderland pula tidak banyak melancarkan serangan tetapi setiap kali berjaya memasuki kawasan MU, Sunderland mampu memberikan kegusaran kepada pertahanan MU. Hasilnya, Sunderland memperoleh gol kemenangan yang dicipta gara-gara kesilapan pertahanan MU yang tidak menghidu larian Larsson yang mudah merembat bola masuk ke dalam gawang MU melepasi jangkauan DDG selepas menerima umpanan Wickham.

MU cuba untuk bangkit mencari gol penyamaan di separuh masa kedua tetapi akibat kurang berkesannya membuat hantaran akhir menyebabkan MU gagal merobek kekentalan pertahanan Sunderland

Kemasukan RVP, Welbeck dan Januzaj tidak banyak mengubah permainan MU. MU dan Giggs terpaksa mengalami kekecewaan dalam musim ini yang penuh dengan episod duka. Seharusnya MU berusaha untuk mencari kemenangan bagi sekurang-kurangnya memberikan keceriaan kepada para peminat MU. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan