Selasa, 12 Mac 2013

Keputusan Perlawanan Pusingan Pertama Peringkat Kalah Mati UEL


Berikut merupakan keputusan penuh bagi lapan perlawanan pusingan pertama peringkat kalah mati UEL melibatkan 16 pasukan yang telah berlangsung pada 7 Mac lalu:




Lazio, FC Basel dan Tottenham Hotspur dilihat mampu untuk layak ke peringkat suku akhir selepas masing-masing mempunyai kelebihan selesa (melebihi dua gol) ke atas pasukan lawan. 

Peluang kepada empat pasukan iaitu Newcastle United, Levante, Rubin Kazan dan Anzhi Makhackhala masing lagi terbuka bagi merebut dua slot memandangkan perlawanan pusingan pertama melibatkan keempat-empat pasukan berakhir dengan keputusan seri 0-0.

Chelsea, Viktoria Plzen dan Bordeaux perlu menunjukkan kebangkitan dalam perlawanan pusingan kedua untuk mengatasi defisit satu gol yang dimiliki oleh lawan masing-masing jika berkeinginan melepasi peringkat ini.

Perlawanan pusingan kedua akan diadakan pada awal pagi Jumaat ini yang akan menentukan lapan pasukan yang bakal berentap di peringkat suku akhir UEL musim ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan