Selasa, 12 Mac 2013

Keputusan Perlawanan dan Kedudukan Carta Liga Perdana 2013 - MD10


Sime Darby FC (SDFC) dan Sarawak masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan walaupun kedua-dua pasukan hanya sekadar mencatatkan keputusan seri dengan lawan masing-masing. Jesteru itu, SDFC dan Sarawak berkongsi kedudukan teratas liga dengan kutipan 24 mata, lima mata mengatasi Kedah dan Johor.

Sepertimana SDFC dan Sarawak, Kedah dan Johor turut berkongsi jumlah mata iaitu 19 mata selepas kedua-dua pasukan mengutip tiga mata penuh. Johor lebih tersenyum lebar apabila memperoleh kemenangan besar 6-1 ke atas Perlis sementara Kedah menjaringkan dua gol di masa tambahan untuk menumpaskan musuh lama, Kuala Lumpur dengan keputusan 3-0.

PDRM dan KL SPA Putrajaya FC terikat dengan keputusan 3-3 manakala pertembungan dua pasukan tercorot menyaksikan UiTM FC berjaya menumpaskan NS Betaria FC dengan keputusan 2-1.


Keputusan perlawanan MD10:


sumber: infoharian.com


Kedudukan semasa carta Liga Perdana:

sumber: infoharian.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan